Biasanya, pengalaman ramai orang yang menjalani detoks parasit, hari ke-3 (bagi yang ambil soft detox untuk program 5 hari) ni adalah saat-saat kritikal dugaan mengidam diaorang. Biasanya hari ni, orang boleh …
Biasanya, pengalaman ramai orang yang menjalani detoks parasit, hari ke-3 (bagi yang ambil soft detox untuk program 5 hari) ni adalah saat-saat kritikal dugaan mengidam diaorang. Biasanya hari ni, orang boleh mengalami sugar craving atau mengidam pada makanan-makanan manis pada tahap yang membuak-buak.
Kalau mereka melepasi hari ini dengan jayanya, insyaaAllah esok lusa, takde dah rasa macam tu. Sebabnya, time kemuncak ni, parasit akan hantar signal kepada otak untuk mendapatkan makanan manis.
Kalau kita rujuk kepada kalendar Islam, hari ke-3 ni jatuh pada masa bulan mengambang penuh. Full moon kan saat keaktifan parasit berlaku. Sebabnya, masa nilah parasit mengawan, bertelur dan membiak dengan agresifnya.
Makanan manis kan terutamanya gula putih yang langsung tidak berkhasiat untuk kita adalah zat untuk parasit.
Mungkin parasit dah diserang daripada pelbagai sudut dengan Garlic Complex yang bertindak sebagai penghalau parasit dan Nutriferon yang melakukan tugas penyingkiran parasit.
DTX Complex akan detoks hati, Herblax pula detoks usus dan Alfafa Complex detoks seluruh tubuh.Vivix pula detoks darah dan seluruh tubuh.
Parasit yang tak bagus tu semua mungkin dah kepanasan dan dalam proses nak mati, tu yang dia hantar signal kecemasan pada otak untuk mendapatkan tenaga daripada gula/makanan manis.
Kalau kita mengambil makanan penggalak parasit seperti gula putih dan sumber gandum, makin sihat dan semakin berleluasalah parasit tu semua.
Sebaliknya, kalau kitapemakanan yang membunuh parasit (parasit yang tidak elok sahaja), maka usaha penyingkiran parasit daripada tubuh menjadi semakin mudah.
Untung betul rasa bila incik suami terchenta sukakan masakan jenis tumis air ni. Cepat nak sediakan tu satu hal lah. Tapi yang penting tu, insyaaAllah lebih sihat. Tapi perlu tambah lada …
Untung betul rasa bila incik suami terchenta sukakan masakan jenis tumis air ni. Cepat nak sediakan tu satu hal lah. Tapi yang penting tu, insyaaAllah lebih sihat. Tapi perlu tambah lada hitam, baru kene selera beliau. Saya dan anak-anak, ok jer. Semua suka. Beres! hehe
Tumis labu air ni tersangat lah mudah, senang dan simple nak sediakan. Macam buat tumis petola lada hitam gak lah. Tukar jer dengan labu air.
Caranya, tumis 4-5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk bersama sejemput bilis dan 1/2 sudu kecil lada hitam. Lada hitam ni boleh jer guna yang dah serbuk. Biar garing sikit, masukkan 2 gelas air kosong bertapis.
Biarkan menggelagak 2-3 minit. Lepas tu masukkan labu air dan perasakan dengan garam. Kalau nak seimbangkan rasa, masukkan sedikit jer gula melaka. Tapi untuk kes detoks parasit ni, tak letak gula melaka tu lagi bagus, walaupun tak salah. Asal jangan gula putih.
Siap!
Gambar incik Google
Untuk sotong goreng kunyit pulak, tersangatlah simple. Pejam mata pun boleh buat tau!
Gaulkan 5-7 ekor sotong sederhana besar yang telah dipotong kecil dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Goreng dengan minyak yang sedikit sehingga kuah yang terhasil daripada air sotong menjadi pekat.
Ada masanya saya biarkan sehingga kuah dan sotong tu menjadi sedikit garing, hmmmm sedapnyer!
Siap!
Gambar incik Google
Boleh makan bersama sambal belacan, ikan masin, nasi panas-panas. Mesti bertambah-tambah 😀
P/S: Jangan lupa ambil Set Detoks Parasit lepas makan ye. Ikut seperti dalam jadual. Nanti saya guide 🙂
Wahhh, cepat betul masa berlalu . Dah masuk 3 hari menjalani program detoks. Rasa macam tak terkejar nak berkongsi semua resipi. Nak masak segala macam resipi best menu cadangan detoks parasit …
Wahhh, cepat betul masa berlalu . Dah masuk 3 hari menjalani program detoks. Rasa macam tak terkejar nak berkongsi semua resipi.
Nak masak segala macam resipi best menu cadangan detoks parasit tu, mau tak keluar dapur plaks den ni haaa…kikiki
Hari ke-3 ni saya bersarapan dengan omelette ayam. Sebenarnya best jugak kalau gantikan dengan daging, tapi stok daging ku, yillek!
Sarapan ni kalau boleh memang nak buat yang ringkas-ringkas je tapi tetap kekal berkhasiat dan macam sokmo-sokmo lah, senang dan mudah untuk disediakan, a.k.a resipi campak-campak gitu! Terasa bagaikan trademarks plak, ahaksss.
Resipi omelete ayam ni saya dah share sebelum ni. Nanti boleh refer kat entri tu ye.
Selain tu, pagi ni (pada hari kejadian lah..huhu), terlebih rajin lah pulak nak buat smoothie mangga bersama ESP. Sama jer cara dia dengan smoothie pisang bersama ESP tu.
Cuma tukarkan ajer pisang dengan mangga. Walaupun rasa berbeza tapi tetap sama-sama sedap dan lazat.
Gambar? Cam senasib jah dengan gambar-gambar resipi beberapa hari lepas. Jadi, layan jerlah gambar orang punya ye…hihi
P/S: Jangan lupa ambil Set Detoks Parasit lepas makan ye. Ikut seperti dalam jadual yang saya beri tu.
Nak cari produk pencuci muka ni bukan boleh main taram jer tau. Karang muka yang dah elok, tup-tup keluar jerawat macam gunung berapi yang berangkai-rangkai. Sebab tu, sangat penting kita tahu …
Nak cari produk pencuci muka ni bukan boleh main taram jer tau. Karang muka yang dah elok, tup-tup keluar jerawat macam gunung berapi yang berangkai-rangkai. Sebab tu, sangat penting kita tahu jenis kulit kita ni terlebih dahulu, barulah jalankan operasi mencari pencuci muka yang sesuai.
Pernahkan di antara kita, bila pakai pencuci muka tertentu, hatta yang mahal dan agak meletops kat pasaran, tapi kulit terasa tegang dan ada kalanya pedih. Atau mungkin menyebabkan kulit menjadi terlalu kering selepas digunakan.
Tu semua adalah antara petanda pencuci muka tersebut tidak sesuai atau mengandungi bahan kimia yang agak tinggi. Paling takut kalau yang berbahaya untuk kesihatan.
Dengan memilih produk pencuci muka yang menepati keperluan kulit kita, maka wajah kita akan terhindar daripda jerawat, noda-noda kekotoran, jeragat, bintik hitam (black head) dan putih (white head), terpelihara kelembapannya serta sentiasa bersih berseri. Glowing dan flawless gitu!
5 Jenis Kulit Muka
Jenis Produk Pencuci Muka Berdasarkan 5 Jenis Kulit
Selalunya memang 5 kategori jenis kulit muka nilah yang biasa kita jumpa. Jom kita tinjau apakah jenis produk pencuci wajah yang bersesuaian untuk 5 Jenis Kulit Mukayang biasanya dikenalpasti.
1) Kulit Normal (Normal Skin)
Kulit normal seimbang dari segi kelembapann kulit, minyak dan ketahan. Ianya memerlukan penjagaan yang agak minima.
Gunakan pencuci yang dikhaskan untuk kulit normal. Biasanya melibatkan set pencuci muka yang ringkas. Namun, mengambil set penuh penjagaan kulit normal akan memberikan kesan yang lebih optimum
2) Kulit Berminyak (Oily Skin)
Kulit akan kelihatan berminyak dan berkilat setelah beberapa jam dicuci.
Dapatkan pencuci muka dengan pH level yang rendah (acidic) untuk memudahkan proses penyingkiran minyak.
3) Kulit Kering (Dry Skin)
Liang roma pada kulit jenis ini agak sukar dilihat setelah beberapa jam wajah dicuci.
Elakkan produk pencuci muka yang mengandungi alkohol. Alkohol akan menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan juga produk yang mengandungi minyak.
4) Kulit Sensitif (Sensitive Skin)
Kulit sensitif sering membuatkan pemiliknya berasa tegang ataupun gatal-gatal. Selain itu, mereka kerap mengalami reaksi alahan terhadap bahan kimia tertentu di dalam produk yang digunakan.
Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi (fragrances), minyak ataupun bahan kimia yang boleh merengsa kulit.
5) Kulit Kombinasi (Combination Skin)
Kulit jenis ini dikategorikan sebagai kulit kombinasi apabila sebahagian wajah kita adalah berminyak, manakala sebahagian lagi adalah kering atau sensitif.
Biasanya kulit berminyak di zon T, dan kering di bahagian muka yang lainnya.
Elakkan sabun mandi ataupun soap bar. Carilah pencuci muka yang lembut pada kulit dan kemudiannya basuh dengan air suam.
Cadangan Pengunaan Set Shaklee Untuk Semua Kategori Kulit
Rangkaian penjagaan kulit Shaklee yang lengkap termasuk pencegahan lingaran hitam bawah mata ni terdiri daripada Nutriwhite dan Enfuselle. Semua ni bertaraf dunia tapi yang syoknya tu, kita boleh dapatkannya dengan harga mampu milik.
Pencuci muka Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser. ni memang dibangunkan khas untuk kulit orang Asia tau. Jadi memang kajian khas telah dilaksanakan bagi melahirkan pencuci muka yang bersesuaian untuk penduduk Malaysia …
Pencuci muka Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser. ni memang dibangunkan khas untuk kulit orang Asia tau. Jadi memang kajian khas telah dilaksanakan bagi melahirkan pencuci muka yang bersesuaian untuk penduduk Malaysia macam kita semua ni.
Para penyelidik Shaklee dah ambil kira segala faktor yang terlibat dengan kehidupan serta persekitaran termasuk iklim kat rantau Asia ni. Memang rasa special sangat bila sesuatu produk tu direkabentuk mengikut keperluan kita kan?
Sebab Pencuci Muka Nutriwhite Menjadi Kegemaran Ramai Orang
Melakukan pembersihan yang agak lembut walaupun di bahagian sekitar mata
Kulit tidak terasa kering atau pedih selepas dicuci
Dihasilkan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan terpilih yang semulajadi dan tidak akan merengsa kulit:-
Rumpai Lauit – menanggalkan otoran, menggelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
Alga Hijau – melembabkan kulit dan membersih sehingga jauh ke dalam liang-liang roma kulit untuk menghapuskan toksin.
Strawberi Begonia – mencerahkan dan meratakan tona kulit.
Tidak mengandungi bahan pewangi yang boleh merengsakan kulit terutamanya kulit sensitif.
Point ke-5, part yang paling best dan syok sangat tu sebab pencuci muka ni sangat menjimatkan. Cuba bayangkan, walaupun kita guna sedikit jer pencuci muka Nutriwhite ni, buih yang terhasil memang banyak serta halus. Sangat lembut terasa pada kulit kita. Sambil mencuci muka pun, rasa bagaikan terbuai-buai gitu!
Majoriti yang guna pencuci muka Nutriwhite ni biasanya akan bertahan selama 9 bulan sehingga ke setahun. Wallah! Memang jimat kan? Beli pencuci muka setahun sekali 🙂
Kulit wajah merupakan antara bahagian yang sering terdedah kepada pencemaran dan sinaran ultra-violet (uv). Jika tidak dijaga dengan sempurna, ia akan menyebabkan masalah jerawat, jeragat, white head dan black head yang …
Kulit wajah merupakan antara bahagian yang sering terdedah kepada pencemaran dan sinaran ultra-violet (uv). Jika tidak dijaga dengan sempurna, ia akan menyebabkan masalah jerawat, jeragat, white head dan black head yang berpanjangan. Itu belum lagi termasuk kulit menjadi kusam, tidak bermaya dan hilang seri.
Sebab itulah, selain daripada mengambil makanan seimbang serta vitamin tambahan yang semulajadi, mencuci wajah adalah salah satu perkara yang tidak boleh diabaikan. Namun, perlulah ikut beberapa tips memilih pencuci muka yang bersesuaian untuk setiap jenis kulit wajah kita.
Mencuci muka setiap hari adalah mesti!
Panduan Memilih Pencuci Muka Yang Bagus & Bersesuaian
1) Pilihlah Pencuci Muka Yang Bersesuaian Dengan Jenis Kulit
Kalau kulit jenis berminyak, carilah pencuci untuk kulit berminyak. Begitu juga jika menghadapi masalah kulit kering atau kombinasi. Orang yang berkulit normal pun masih perlu memilih produk yang bersesuaian.
2) Cari Pencuci Muka Yang Berbuih Banyak & Halus
Pentingnya menggunakan pencuci muka yang berbuih banyak dan halus ni ialah, bagi memastikan kotoran pada kulit muka akan betul-betul dapat dibersihkan.
Keadaan ini membolehkan pencuci tersebut masuk ke dalam liang roma/pori-pori untuk membersihkan wajah dengan lebih berkesan lagi
3) Gunakan Air Suam/Suhu Bilik Untuk Mencuci Muka
Kaedah ini akan memudahkan lagi wajah kita dibersihkan. Tapi awas, jangan pulak gunakan air yang terlampau panas.
Sebabnya ia boleh menyingkirkan minyak semulajadi untuk kulit dan seterusnya boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Selain itu, kulit akan jadi lebih mudah tercedera.
4) Dapatkan Pencuci Muka Yang Sedikit Berasid (pH 5.5) Lebih Kurang Sama Dengan Kulit Kita
Pencuci muka yang beralkali boleh merengsakan kulit. Jadi beringat sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk untuk kulit ye.
5) Elakkan Pencuci Muka Yang Mengandungi Pewangi & Pengawet
Bahan pewangi dan pengawet boleh merengsakan kulit serta menyebabkan kesan alahan. Elakkan bahan-bahan berikut:-
Paraben
Imidazolidinyl Urea
Quaternium-15
Phenoxyethanol Methylchloroisothiazolinone
Fomaldehyde
6) Gunakan Pencuci/Produk Yang Dikhaskan Untuk Wajah
Bukannya menggunakan produk/sabun yang dipakai untuk badan.
7) Selepas Mencuci Muka, Bilas Dengan Air Sejuk
Air sejuk dapat membantu agar liang-liang roma/pori-pori tertutup kembali. Kemudian keringkan wajah secara lembut menggunakan tuala bersih.
Seterusnya pakailah toner, pelembab muka ataupun krim malam bagi mengekalkkan kelembapan kulit
Membersih Muka Dengan Pencuci Nutriwhite
Pencuci muka yang dimaksudkan ialah Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Best sangat pencuci muka yang menggunakan bahan-bahan semulajadi ni. Memang langsung takde bahan-bahan kimia berbahaya yang bukan sahaja memberi kesan kepada kulit, malah dalaman tubuh kita.
Resipi Masak Lemak Udang ni saya buat tak pedas, sebab anakanda sulung saya ni, lidah mat salleh skit. Tak boleh pedas-pedas. Kalau dulu-dulu, lagilah, makanan ada colour merah atau warna gelap-gelap …
Resipi Masak Lemak Udang ni saya buat tak pedas, sebab anakanda sulung saya ni, lidah mat salleh skit. Tak boleh pedas-pedas. Kalau dulu-dulu, lagilah, makanan ada colour merah atau warna gelap-gelap sikit, jangan harap dia nak jamah. Sekarang ni, dah boleh terima ayam masak merah, cuma jangan beri rempah dia banyak sangat. 🙂
Untuk menu detoks parasit ni, saya lompat terus kepada cara nak sediakannya eh. Sambil-sambil tu, terang sekali bahan-bahan dia. Almaklumlah, nak copet. Sat lagi nak buat sarapan anak nak sekolah plak ni….hehehehe.
Cara Menyediakan Udang Masak Lemak
Rebus 5 biji bawang merah, 2 biji bawang putih dan 2 cm kunyit hidup yang telah dikisar. Masukkan asam keping. Biar mendidih sekejap.
Kalau nak guna kunyit debu, letak dalam 1/3 sudu kecil jer. Dah kurang kuning tu baru tambah sikit-sikit. Tapi pakai kunyit hidup lagi sedaps sebenarnya.
Kalau suka pedas, boleh blend sekali bawang tadi tu dengan cili padi.
Biar mendidih dalam 3-5 minit. Lepas tu masukkan udang dan santan. Kacau-kacau sekejap. Masukkan garam. Boleh perasakan sedikit dengan gula melaka atau sebarang manisan selain gula putih (demi kesihatan gitu 🙂 ).
Jangan masak lama sangat tau. Nanti udang jadi keras. Agak-agak dah bertukar oren semua bahagian udang tu, boleh padamkan api dan tutup periuk.
Ting! Dah siap!!!! Mudah bebenor kan, kan?
Makanlah sekali dengan brokoli, bunga kobis dan lobak merah steam, sambal belacan, ikan goreng/ikan kukus dan tempe goreng.
Hehehe, senasib kot menu ni. Duk dalam handphone yang dah selamat sejahtera. So pinjam makcik Google lagi untuk gambar resipi udang masak lemak ni.
P/S: Jangan lupa ambil Set Detoks Parasit lepas makan ye. Ikut seperti dalam jadual. Nanti saya guide 🙂
Rasanya walaupun dah hari ke-2 saya mengikuti detoks parasit, craving pada makanan manis dan makanan tertentu tandelah sangat. Adakah cacing dan parasit dalam tubuhku dah mula meninggal? hehehe. Craving ni macam …
Rasanya walaupun dah hari ke-2 saya mengikuti detoks parasit, craving pada makanan manis dan makanan tertentu tandelah sangat. Adakah cacing dan parasit dalam tubuhku dah mula meninggal? hehehe. Craving ni macam mengidam lah.
Contohnya mengidam pada coklat, air manis, roti. Tu sebenarnya parasit yang hantar signal kat otak kita sebab depa perlukan mende tu semua sebagai makanan depa.
Okeh, back to main topic! Menu detoks parasit untuk hari ke-2 ni.
Menu Sarapan Detoks Parasit Hari Ke-2; Nasi Goreng Merah Simple
Memang simple sungguh lah. Macam menu nasi goreng yang lepas-lepas tu. Nak-nak pulak hari anak bersekolah.
Senang je, tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar sampai garing. Masukkan sayur-sayuran seperti lobak yang didadu, kacang buncis yang dipotong nipis, bunga kobis yang dipotong kecil. Goreng jap.
Lepas tu letakkan/ketepikan bahan tumis tadi kat tepi kuali. Biar ada ruang minyak sikit kat tengah kuali tu. Pecahkan telur ayam. Biar separuh masak. Kemudian hancurkan telur dan gaul sebati dengan bahan-bahan tumis tadi.
Gambar terpaksa pinjam incik Google. Kisahnya, hand phone saya yang save gambar tu semua problem. Innalillah terus. Takleh nak backup dah.
Nanti try ah resipi ni tau. Resipi Nasi Goreng Merah ni memang sedap dan sangat simple. Kalau buat detoks parasit ni, mesti nak kene masuk dalam list menu ni, hehehe.
P/S: Jangan lupa ambil Set Detoks Parasit lepas makan ye. Ikut seperti dalam jadual.
Perasan tak, sana-sini detoks. Buka Facebook ada sharing detoks. Google info, tup-tup jumpa pasal detoks. Demam detoks dah semua orang nih…hehe. Cuma jangan pening pulak sebab detoks ni ada banyak jenis. …
Perasan tak, sana-sini detoks. Buka Facebook ada sharing detoks. Google info, tup-tup jumpa pasal detoks. Demam detoks dah semua orang nih…hehe. Cuma jangan pening pulak sebab detoks ni ada banyak jenis. Sebab ramai dah terkeliru antara detoks parasit dan detoks toksin. Eat clean dan parasite killer food. Lain jenis detoks, lainlah juga cara dan peraturannya.
Parasit ada di mana-mana bahagian tubuh kita
Info & Peraturan Detoks Parasit Untuk Kesihatan Lebih Baik
Di antara persoalan dan juga info penting yang perlu diambil kira kepada yang ingin menjalani detoks parasit ialah:-
1) Detok Parasit Bukan Untuk Kurus
Tujuan utama detoks parasit sebenarnya bukanlah untuk kurus. Ianya lebih kepada menjaga kesihatan dengan cara menyingkirkan parasit dari tubuh kita. Jadi perlu ingat yang target asalnya bukan untuk kurus. Tapi dan yang pastinya side effect dia memang boleh kurus. Best, kan?
Pengalaman saya, 1st time buat detoks akhir bulan Februari lepas, dalam masa 5 hari, turun 1.6 KG. Tupun tak ikut waktu detoks parasit sebab dah terlepas tarikh, tapi gunakan Set Detoks Parasit. Guna semua iaitu Vivix, Nutriferon, Garlic, Alfafa, Herblax kecuali DTX Complex sebab takde stok kat rumah ni.
Bulan Mei ni, saya ambil full set.
2) Dilaksanakan Dalam Masa Tertentu
Detoks parasit ni tak boleh main sesuka hati jer kita nak buat sebagaimana detoks jenis yang lain tu. Kene ikut tarikh kalendar Islam iaitu sewaktu full moon. Pasaipa nak full moon? Sebabnya time nilah parasit paling aktif (mengawan, bertelur dan membiak dengan agresifnya).
3) Beza Detoks Parasit Dengan Detoks Toksin
Berbezalah sangat. Sebabnya detoks toksin tu bertindak untuk reset badan kita. Maknanya ia akan cuci keseluruhan tubuh kita daripada toksin, bukan buang parasit. Lain detoks, lain suplemen yang terlibat. Meal plan dia pun berbeza tau!
4) Orang Yang Boleh Buat Detoks Parasit
Semua orang boleh buat detoks parasit ni tau. Tak kiralah ibu mengandung, ibu menyusu (sayalah tu!), hatta kanak-kanak seawal 2 tahun.
Cuma ibu mengandung ni bersyarat lah iaitu mesti tidak mempunyai sebarang masalah atau risiko kehamilan seperti pernah keguguran, kandungan sukar nak lekat atau rahim lemah, pernah mengalami pendarahan (bleeding) dan macam-macam lagi yang berkaitanlah.
Bagi ibu menyusu pula, kene fahamlah konsep yang anak mungkin akan terdetoks sekali bagi yang nak try kalau anak bawah 6 bulan. Macam saya, buat detoks masa baby 3 bulan dan sekarang 5 bulan (siap guna full set detoks parasit lagi), Alhamdulillah, baby saya ok je, ceria sokmo lagi 😀
Tapi kalau nampak baby terkesan kuat seperti cirit-birit, keluar ruam yang teruk, mungkin boleh kurangkan dos atau start berdetoks bila baby dah capai umur 6 bulan.
Kanak-kanak 2 tahun sebenarnya dah boleh buat detoks. Macam kat Amerika Syarikat, memang dah amalkan ni. Tapi kita kat Malaysia ni, hal-hal detoks masih baru dan belum ada testimoni lagi. Kalau ada pun, tak viral sangat lagi.
5) Makanan Pantang Semasa Detoks
Kalau nak ikutkan, memang banyak jugaklah nak kene pantang sewaktu berdetoks parasit ni. Tapi untuk memudahkan kita terutamanya mereka yang baru pertama kali nak mencuba detoks parasit, makanan larangan utama sewaktu berdetoks adalah seperti berikut:-
Gula putih (termasuklah makanan yang bersumberkan gula putih). Tapi boleh ganti dengan pemanis yang asli seperti gula tebu organik, gula perang, madu, gula kabung, gula apong dan sebagainya.
Tepung gandum dan segala macam makanan yang berasaskan tepung seperti biskut, kek, roti.
Segala jenis roti
Kafein kecuali yang organik
Kordial kecuali jus buah asli atau kita blend sendiri
Sebenarnya, bila kita dah buat detoks parasit ni, lagi senang kita nak join detoks jenis lain. Nak-nak detoks toksin tu, Sebabnya, lepas berdetoks parasit, kita tak rasa nak mengunyah sangat, dah takde atau kurang craving to sugar (ketagih nak mende manis).
Detoks toksin ni, 3 hari pertama kene makan sayur dan buah. Pitam weh kalau nak terus buat bagi mereka yang tak biasa atau kurang tabah, hihi. Sebab tu detoks parasit ni best. Macam-macam menu harian sebelum ni boleh layan. Asal masak sendiri sebab nak kawal bahan-bahan terlarang tadilah.
Awal-awal pagi tadi dah selamat dengan Smoothie Pisang ESP yang sangat enak, lazat berkrim lagi yummeh…..hehe. Nak beritahu tu betapa sedapnya resipi smoothie tersebut. 1st time try, terus jatuh cinta. Sekarang …
Awal-awal pagi tadi dah selamat dengan Smoothie Pisang ESP yang sangat enak, lazat berkrim lagi yummeh…..hehe. Nak beritahu tu betapa sedapnya resipi smoothie tersebut. 1st time try, terus jatuh cinta.
Sekarang ni untuk lunch, sayaa masak sayur petola tumis air berlada hitam. Cheewah, bukan main panjang lagi nama menu untuk makan tengah hari ni.
Senang jer nak buat menu petola tumis air lada hitam ni. Secara ringkasnya, tumis bawang putih, bilis dan lada hitam yang telah ditumbuk hancur sehingga garing. Lepas tu masukkan air. Tunggu sehingga air mendidih. Perasakan dengan garam. Masukkan petola. Biarkan sekejap. Tutup api dapur dan tutup periuk. Siap!
Makan pulak bersama ikan goreng, tempe goreng, sambal belacan serta ulam salad. Eh lupa, cik anggur pun ada. Memang terangkat you! Kalau nak kurus, sila awasi portion nasi yang diambil. Boleh makan nasi, cuma beringat tau.