Kepentingan Makan Kerap Untuk Kurus & Sihat
Nak kurus ni kene makan. Makan 6 kali sehari tau! Kalau tak makan gemuklah jadinya. Lepas tu pulak, susah tak turunkan berat badan. Ha, camno tu eh? Percaya tak? Analoginya camni, …
Nak kurus ni kene makan. Makan 6 kali sehari tau! Kalau tak makan gemuklah jadinya. Lepas tu pulak, susah tak turunkan berat badan.
Ha, camno tu eh? Percaya tak?
Analoginya camni, perut kita diibaratkan sebagai mesin pemecah batu, batu tu pulak adalah makanan yang kita makan.
Kalau kita masukkan batu-batu kecil, apatah lagi batu jenis agak mudah pecah, mesti mesin tu dapat bekerja dengan smooth je kan? Takde sangkut-sangkut kat tengah jalan masa beroperasi tu.
Kalau kita masukkan batu besar, jenuh mesin tu nak bekerja memecahkan batu. Nak lagi tragik, batu tu bercampur pulak dengan besi dan segala macam logam asing yang lain.
Silap haribulan, mau berasap mesin tersebut. Tak dapat berfungsi pun iyer.
Samalah hal nye dengan perut kita ni. Apabila kita makan banyak kali dengan portion yang kecil, kita akan berasa kenyang. Tak sempat dah nak craving atau rasa nak makan orang, gagaga.
Cool jer. Takde stress. Lapar boleh buat orang jadi stress dan bertambah baran tau.
Tapi, salah satu sebab penting kita nak makan kerap ni adalah untuk meningkatkan lagi metabolisma tubuh kita.
Sebabnya, bila kita makan sikit-sikit tapi kerap, badan akan sentiasa bekerja membakar lemak serta memproses makanan tersebut. Sempatlah kebanyakkan kalori dibakar sementara nak tunggu makanan seterusnya.
Bila metabolisma kita semakin meningkat, semakin banyaklah pula kalori yang dapat dibakar. Bila kalori banyak terbakar, tak sempatlah badan nak simpan lemak berlebihan. So, semakin kurus atau maintain berat badan yang ideal lah tubuh kita.
Tapi kalau kita terus melantak 2-3 pinggan makanan berat sekaligus, memang teruklah badan kita nak bekerja. Tak habis proses makanan semasa sarapan, dah masuk yang lunch pula.
Bila dah macam ni, kalori banyak yang masuk. Kalori yang tak sempat dibakar tu akan disimpan sebagai lemak. Tu pasal badan semakin hari semakin kus semangat.
Kalau jenis suka makan makanan segera, makanan ringan dan terlebih masin dan manis, lagilah teruk kesannya.
Sebabnya ia akan membuatkan sistem pencernaan reorganize. Apabila sistem pencernaan terganggu, maka segala nutrien dan zat dan nutrien yang kita ambil tidak daripada makan atau suplemen tidak diserap oleh badan.
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144