Cara Bancuh ESP Yang Mudah & Enak
ESP yang merupakan protein soya yang juga dipanggil susu soya ni memang enak dibancuh plain macam tu je, bagi penggemar soya tegarlah. Tak pun bancuh dengan minuman kegemaran kita macam coklat, …
ESP yang merupakan protein soya yang juga dipanggil susu soya ni memang enak dibancuh plain macam tu je, bagi penggemar soya tegarlah. Tak pun bancuh dengan minuman kegemaran kita macam coklat, …
ESP yang merupakan protein soya yang juga dipanggil susu soya ni memang enak dibancuh plain macam tu je, bagi penggemar soya tegarlah. Tak pun bancuh dengan minuman kegemaran kita macam coklat, susu atau jus buah-buahan. Dicampurkan dengan Meal Shake atau Performance Drink pun best, untuk kesan bertenaga lagi power. Tak pun buat smoothie…yam yam. Macam-macam resepi bancuhan ESP yang kita boleh buat.
Jom ler jamu mata dengan poster bancuhan ESP. Mana-mana yang berkenan, boleh lah try nanti. Sedap sangat 🙂
ESP ni sedap kalau kita bancuh pakai shaker. Terutama kalau nak cepat. Kalau tak, nanti dia akan jadi berketul-ketul. Nak kene kacau lama-lama sikit baru ok. Kalau pakai shaker, goncang-goncang kejap, dah boleh minum. Enak weh.
Cuma, dalam duk syok membacuh ESP ni, jangan lupa rules terpenting iaitu JANGAN bancuh ESP ni dengan air panas mendidih. Air suam boleh, suam-suam kuku gitu. Kalau tak, nanti zat protein dia akan mati. So, tak dapatlah nutrien tu sepenuhnya. Boleh bancuh dengan air masak atau suhu bilik. Paling best kalau shake kan dengan air sejuk…..waaaahhh, terliur plak rasa 😛
Nanti try ye. Sekali sekala tukar selera kan 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Kalau perasan, biasanya jerawat yang keluar pada wajah kita akan muncul pada tempat yang sama. Lepas dah surut, kecut dan hilang, nanti akan muncul balik dekat kawasan yang berdekatan kan? Sebenarnya, …
Kalau perasan, biasanya jerawat yang keluar pada wajah kita akan muncul pada tempat yang sama. Lepas dah surut, kecut dan hilang, nanti akan muncul balik dekat kawasan yang berdekatan kan? Sebenarnya, setiap jerawat yang keluar pada mana-mana bahagian kat wajah kita ni, ada tersembunyi cerita kesihatan dalaman tubuh kita.
Macam saya semasa remaja dulu-dulu, selalunya jerawat suka nak bertenggek kat pipi atau pun dekat dagu. Sekali sekala keluar jerawat batu tu, seksalah jugak. Sakit! Mesti nak try macam-macam tips nak kulit cantik berseri.
Kalau zon 5 dan 9 ni memang ramai yang terlibat kan? Mesti banyak kes jerawat yang keluar kat pipi. Sebabnya ia melibatkan sistem respiratori, iaitu pernafasan. Puncanya sebab merokok dan pencemaran udara. Memang kita tak boleh nak elak kan?
Zon 12 ni pun selalu gak orang terlibat. Sebabnya perut. Ianya berpunca daripada pengumpulan toksin akibat pemakanan. Kita kan makan ikut suka selera jer, tu lah ramai yang ada masalah penghadaman ni.
Selalunya kalau kita nak hilangkan jerawat ni adalah dengan jaga pemakanan, ambil yang seimbang, lakukan aktiviti fizikal. Bila dalaman kita sihat, maka akan terpancarlah kat luaran tu.
Selain daripada tu, sangat disyorkan melakukan detoks (detox) badan, kalau boleh buat detox parasit pun lagi bagus. Set detoks ni pun bantu tingkatkan imun tubuh nak lawan kuman penyebab penyakit, sekaligus jerawat tu. Jadi, detoks ni bukan untuk kurus jer tau!
Nanti saya cerita lebih panjang lebar tentang detoks dan detoks parasit ni. Kalau ada apa-apa kemushykilan, jangan lupa hubungi saya 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Saiz badan seseorang bukan menjadi kayu ukur kepada tahap kolestrol yang ada dalam darah mereka. Jadi setiap individu tidak boleh mengambil mudah dan yakin mereka tidak mempunyai bacaan kolestrol yang tinggi …
Saiz badan seseorang bukan menjadi kayu ukur kepada tahap kolestrol yang ada dalam darah mereka. Jadi setiap individu tidak boleh mengambil mudah dan yakin mereka tidak mempunyai bacaan kolestrol yang tinggi hanya apabila diri jarang sakit atau berasa sihat. Apatah lagi kalau mereka seorang yang kurus.
Mengawal paras kolestrol dalam badan sangat penting terutamanya bagi mereka yang telah mendapati yang tahap kolestrol mereka tinggi. Bagi yang belum mempunyai masalah kolestrol, pengawalan kolestrol perlu dilakukan sebagai langkah berhati-hati. Ini kerana, sesiapa sahaja berisiko untuk mempunyai kolestrol yang tinggi dalam darah.
Kurangkan pengambilan makanan segera (mee maggi, pizza), makanan yang diproses (sosej, nugget, fries, daging burger) serta makanan tinggi lemak (makanan ringan) dan minyak.
Banyakkan bertenang. Boleh mengamalkan teknik pernafasan. Bernafas dengan menyedut udara dalam-dalam melalui hidung dan melepaskannya melalui mulut secara perlahan-lahan.
Sebagai seorang muslim, mempertingkatkan amalan rohani akan memberikan ketenangan kepada seseorang. Sekaligus ia akan menghindarkan stress dan menjauhkan diri daripada risiko kolestrol tinggi dalam badan.
Badan kita ni perlukan penjagaan secara holistik atau nak senang fahamnya, secara keseluruhan lah. Tak boleh nak jaga satu part jer, part lain kita biarkan. Atau jaga semua bahagian kecuali satu bahagian je. Memang tak boleh. Nanti huru-hara a.k.a. tak seimbang sistem tubuh kita ni.
Saya pernah mendengar seorang ustaz dalam rancangan motivasi/kesihatan Islam yang mandi sebelum subuh boleh meningkatkan pembakaran kalori dalam badan.
Sebenarnya banyak suplemen yang boleh membantu menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh kita. Di antaranya ialah:-
Vivix membantu melancarkan peredaran darah dengan cara melindungi salur darah. Kolestrol ni membentuk plak apabila terdapat kerosakan pada dinding salur darah. Apabila salur darah semakin kuat dan sihat dengan pengambilan Vivix, maka darah dapat berjalan lancar dan tiada kolestrol yang termendap pada salur darah.
Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard membantu menurunkan kadar Kolestrol Jahat (LDL).
Garlic membantu merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah.
Vitamin C turut dapat membantu menurunkan kadar kolestrol LDL di samping menguatkan dinding arteri.
Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolestrol.
Vitamin E membantu memperbaiki peredaran darah.
Phytocol ST membantu mencegah kolestrol daripada memasuki salur darah sekaligus mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri. Memang bukan senang nak kawal kolestrol terutamanya kalau yang tak tahan dugaan terhadap makanan kegemaran yang tinggi lemak dan berminyak ni. (Teringat pula pada seorang customer saya yang kegemarannya adalah KFC, bila minta kurangkan makan KFC tu, macam nak menangis beliau). Tapi segalanya tak mustahil demi kesihatan.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Apabila kita sebut jer pasal kolestrol, mesti terbayangkan masalah ni biasanya berlaku pada orang yang berlebihan berat badan atau obes sahaja kan? Orang yang slim lagi kurus kering mesti terasa sihat …
Apabila kita sebut jer pasal kolestrol, mesti terbayangkan masalah ni biasanya berlaku pada orang yang berlebihan berat badan atau obes sahaja kan? Orang yang slim lagi kurus kering mesti terasa sihat dan tak ada risiko penyakit yang berkaitan kolestrol seperti masalah kardiovaskular (jantung), strok, penyempitan salur darah, kegemukan dan sebagainya.
Tapi sebenarnya sangkaan tersebut adalah sangat meleset sama sekali. Banyak jer kes orang kurus ni badan tinggi kolestrol, tapi yang berbadan comel tu, bacaan kolestrol cantik jer.
Namun, dalam kita asyik bimbangkan tentang kolestrol, kita tak boleh tolak terus kepentingan kolestrol ni tau. Tubuh kita memerlukan kolestrol untuk:-
Membran sel ni kerjanya adalah untuk melindungi sel kita dan mengawal aktiviti keluar-masuk bermacam-macam benda ke dalam sel kita.
Kolestrol berfungsi untuk melancarkan proses metabolisma vitamin-vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E, K.
Kolestrol diperlukan untuk penghasilan hormon
Kolestrol juga berfungsi untuk penghasilan jus hempedu.
Sebab itulah badan kita ni perlukan kolestrol, tapi awas dengan kuantitinya. Kadar kolestrol yang patut ada dalam badan kita ialah:-
Sekiranya selalu buat blood test dan ada tertulis bahagian kolestrol, sila perhatikan betul-betul, bacaan kolestrol kita tu berada dalam kategori mana.
Di antara penyebab meningkatnya paras kolestrol dalam darah ialah:-
Faktor pemakanan ni antara punca utama masalah kolestrol tinggi dalam tubuh kita. Almaklumlah, bersarapan dengan roti canai dan teh tarik, makan tengah hari pulak gulai/kari kambing dengan air milo ais, makan malam pulak western food dengan ice blended.
Ni tak termasuk tea break dengan goreng pisang cheese, pizza, kfc dengan air gas bagai. Syorga donia kekdahnya…huhuhu
Ni bukan sakit hati yang kat orang tu…hehe (pun ada risiko gak kalau sakit hati sampai stress), tapi liver problem.
Pengambilan alkohol & ubat-ubatan yang berlebihan dan tanpa kawalan boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kolestrol dalam badan seseorang.
Miasalnya, asal sakit jer, terus makan ubat tanpa preskripsi.
Secara langsungnya, kita mendapat kolestrol daripada makanan yang kita ambil setiap hari. Kalau kita makan makanan yang tinggi kolestrol seperti makanan segera, makanan yang diproses.
Hati akan melepaskan/mengeluarkan kolestrol apabila kita mengambil makanan yang mengandungi lemak trans (trans fat) dan lemak tepu.
Selain daripada itu, hati turut mengeluarkan kolestrol sekiranya terdapat sel kita rosak bagi kerja-kerja penyembuhan.
Bahayanya stress ni sebabnya, kolestrol turut dilepaskan oleh hati apabila kita stress. Jadi tak hairanlah yang stress ni boleh jadi punca pelbagai jenis penyakit berbahaya, kan?
Sebab itulah kolestrol ni boleh ada dalam kuantiti yang sangat tinggi dalm tubuh seseorang walaupun mereka kurus kering. Kalau tak jaga makan dan biarkan diri hanyut dalam stress yang berpanjangan, tunggu sahajalah penyakit mana yang datang. Ikuti juga Tips Kawal & Kurangkan Kolestrol Berbahaya.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Resipi nasi goreng bilis hujung minggu, ni bukan tak boleh buat hari biasa tapi memandangkan saya goreng pagi tadi, kene pulak time balik kampung ni, tu dapat nama dia tu, feel …
Resipi nasi goreng bilis hujung minggu, ni bukan tak boleh buat hari biasa tapi memandangkan saya goreng pagi tadi, kene pulak time balik kampung ni, tu dapat nama dia tu, feel bercuti gitu…hehehe
Apa-apa jelah kak non, yang penting simple dan sedap. Sedap tu…kiki
Jom tengok bahan-bahan dan cara menyediakannya 🙂
Sempena cuti sekolah ni, kalau nak cepat sediakan sarapan, bolehlah try resipi nasi goreng ikan bilis ni. Berkhasiat pun ye. Kalau anak tak suka pedas, guna jer cili merah sahaja. Kalau orang suka pedas, gantikan dengan cili padi, mesti terangkat!
Note: Nak senang, sediakan semua bahan sebelum tidur. Kalau nak lagi senang, blend jer semua bahan tumis siap.
Cooking is simple what? :p
Cuba tau 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Ceria selalunya terlihat pada wajah apabila hati kita berasa senang, riang dan lapang. Kalau hati kita tak gembira, memang tak boleh saje-saje nak berlakon menjadi ceria. Nak jadi ceria ni tak …
Ceria selalunya terlihat pada wajah apabila hati kita berasa senang, riang dan lapang. Kalau hati kita tak gembira, memang tak boleh saje-saje nak berlakon menjadi ceria. Nak jadi ceria ni tak tunggu kita perlu menjadi seorang yang kecoh satu alam, jenis steady pun boleh nampak jer keceriaan tu pada wajah, kan?
Jom saya kongsikan petua menjadi ceria daripada pakar motivasi tersohor tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah :-
1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Sebaik-baiknya solat fardu dilaksanakan di awal waktu.
2) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur.
3) Selalu melakukan solat sunat taubat.
4) Selalu mengamalkan bacaan al-Quran. Seeloknya baca sekali tafsir kepada ayat al-Quran yang dibaca.
5) Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari. Sebelum tidur, minta maaf dengan pasangan (bagi yang dah berkahwin) dan maafkan semua orang,
6) Bisikan kepada diri sendiri dengan kata-kata positif.
7) Programkan minda dan cuci minda setiap hari.
8) Cuba melakukan puasa sunat.
9) Sering ingat yang kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
10) Jaga pancaindera dari segi bercakap, mendengar atau melihat perkara yang tidak bermanfaat.
10 tips ni kalau kita dapat amalkan setiap hari, mesti hari-hari dalam hidup kita akan sentiasa ceria.Tiada lagi masalah dengki, busuk hati, dendam atau mengumpat sesama sendiri. Sentiasalah kita ceria sokmo, tapi jangan senyum sorang-sorang depan oraang tau, nanti ada jugak orang ingat kita tak berapa nak betul 😛
Nota: Jemput baca juga entri Ibu Bapa Sebagai Motivator Daripada Dato’ Dr. Haji Mod Fadzilah Kamsah Bahagian 1, Bahagian 2 & Bahagian 3.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Bell’s Palsy ni adalah kelumpuhan sebelah muka tetapi bukanlah disebabkan oleh strok, barah otak atau penyakit Lyme. Orang muda-mudi sekarang ni pun ramai yang dah diserang dengan penyakit ini. Serangan secara …
Bell’s Palsy ni adalah kelumpuhan sebelah muka tetapi bukanlah disebabkan oleh strok, barah otak atau penyakit Lyme. Orang muda-mudi sekarang ni pun ramai yang dah diserang dengan penyakit ini. Serangan secara tiba-tiba boleh menyebabkan perubahan mendadak pada emosi, sikap serta cara hidup pesakitnya.
Sebelum ni saya ada berkongsi tentang Info Penyakit Bell’s Palsy serta Cara Merawat Bell’s Palsy ni. Penyakit ni memang mengambil masa yang agak lama untuk sembuh sepenuhnya. Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi para pesakit Bell’s Palsy mengamalkan penjagaan diri khas sepanjang mengidap penyakit ini.
Rehat adalah antara perkara yang sangat penting bagi pesakit Bell’s Palsy ni. Penyakit ni memang tak diketahui puncanya yang sebenar. Dalam keadaan sihat walafiat dan tak mengalami sebarang penyakit seperti demam pun boleh terkena.
Namun, ada sesetengahnya dipercayai berpunca daripada stress. Stress ni kan adalah antara sebab utama kita boleh sakit. Malah Prof Dr. Muhaya pun pernah menyatakan yang 75% daripada penyakit berpunca daripada emosi yang tidak sihat.
Semasa rawatan dijalankan, badan memang akan terasa letih lesu dan lemah, sebab itulah rehat yang mencukupi sangat penting. Perlu banyak-banyak berehat.
Selain daripada rehat yang mencukupi, penjagaan mulut atau gigi pun tak kurang pentingnya. Ini kerana pipi tak boleh bergerak, jadi senang makanan nak melekat. Kekerapan melakukan pemeriksaan gigi akan menjadi lebih berbanding biasa, contohnya setiap 3 bulan sekali.
Penjagaan mata ni sangat-sangat penting kerana mata tak boleh ditutup, maka risiko untuk mata menjadi rosak adalah sangat tinggi. Apabila tidur, pakaikan atau tutup mata dengan surgical tape, lepastu pakailah penutup mata.
Sentiasa melakukan pemeriksaa mata. Doktor perlu periksa sama ada pesakit mempunyai scarring atau tidak.Scarring ni sangat bahaya tau. Kalau pemeriksaan di DEMC, bayaran untuk sekali lawatan boleh mencecah RM 200-300 bergantung kepada rawatan yang dilakukan.
Seseorang yang bekerja dalam air cond serta menggunakan komputer perlu lebih alert dengan penyakit ni. Diseabkan mata tak boleh berkelip, jadi mata cepat kering.
Dalam kes ni, doktor selalu menyarankan untuk menitiskan eyedrop (contohnya jenama Alcon) untuk setiap beberapa minit. Lepa situ, kelipkan mata secara manual.
Sewaktu terkena Bell’s Palsy, telinga pesakit boleh menjadi teramat sensitif dengan bunyi.
Maka, boleh gunaka earplug bagi mangatasi masalah ini.
Sememangya rutin harian pesakit Bell’s Palsy akan berubah sepenuhnya. Namun pesakit perlu tabah, kuat semangat dan konsisten menjaga diri agar penyakit Bell’s Palsy ni dapat sembuh dengan lebih cepat lagi.
Hubungi saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin membuat perkongsian ya 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Bell’s Palsy adalah penyakit saraf yang menyebabkan sebelah muka menjadi lumpuh sementara. Namun, sekiranya ia tidak dirawat, keadaan pesakit mungkin akan menjadi lebih teruk atau lebih lama kekal dalam keadaan sedemikian. …
Bell’s Palsy adalah penyakit saraf yang menyebabkan sebelah muka menjadi lumpuh sementara. Namun, sekiranya ia tidak dirawat, keadaan pesakit mungkin akan menjadi lebih teruk atau lebih lama kekal dalam keadaan sedemikian.
Rawatan Bell’s Palsy ni ada pelbagai cara, di antaranya ialah:-
Sebaik sahaja seseorang tu didiagnosis mendapat Bell’s Palsy, mereka ni perlu menjalani MRI atau CT Scan, namun sekiranya sedang hamil, ianya tidak boleh dilakukan. Jadi wanita yang mengandung akan diberikan Prednnisone (steriod) dan Antiviral.
Rawatan ini perlu diberikan dengan segera bagi mengurangkan radang, tekanan atau sebarang jangkitan pada saraf (nerve) seawal yang mungkin.
Jika pesakit mengalami sakit kepala yang amat sangat sampaikan tak boleh bangun dari tidur, mereka akan diberikan painkiller yang sangat kuat. Namun, kesan sampingan selalunya adalah loya, letih, mengantuk serta tak boleh menyusukan bayi.
Menurut salah seorang pengidap Bell’s Palsy yang telah sembuh, iaitu puan Ima, beliau tak menggalakkan para pesakit buat fisioterapi ni cepat-cepat. Sebabnya, saraf pesakit masih tercedera dan tak boleh menghantar signal untuk bergerak.
Kalau dirangsang atau paksa otot tersebut sebelum masanya, bermakna pesakit telah menghantar signal kepada otot yang salah. Perkara ni akan menyebabkan pesakit mendapat synkenesis.
Synkenesis ni pula adalah pergerakan otot yang salah. Contohnya, kalau kita senyum, mata akan tertutup dan sebagainya. Lama kelamaan ia akan menjadi kekal. Jadinya, perlulah tunggu sehingga saraf pesakit Bell’s Palsy ni sudah baik atau telah menunjukkan tanda-tanda nak bergerak. Masa ni baru disyorkan buat fisioterapi.
Selalalunay doktor cadangkan dilakukan pembedahan kepala untuk besarkan laluan saraf supaya laluan tersebut tidak menghimpit saraf yang yang tercedera atau bengkak (radang). Namun pembedahan ni jarang dilakukan sebab sangat berisiko tinggi untuk menjadi pekak.
Rasanya semua orang kalau boleh memang nak elak daripada kene bedah kan?
Sebenarnya tiada ubat khusus untuk penyakit Bell’s Palsy ni. Selalunya doktor akan mencadangkan agar mengambil Methylcobalamin untuk jangkamasa panjang. Methycobal adalah sejenis Vitamin B12.
Vitamin B Complex Shaklee adalah salah satu alternatif Vitamin B yang dijamin sentiasa berkesan, selamat dan semulajadi.
Pesakit Bell’s Palsy disyorkan untuk menambah dos B Complex ni berbanding pengambilan biasa.
Kesan pantas yang ketara boleh didapati dengan pengambilan B Complex ni adalah lebih bertenaga serta tiada lagi sakit kepala. Walaupun B Complex ini sangat bagus untuk saraf, namun penyakit Bell’s Palsy ni akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh 100%. Biasanya mengambil masa lebih daripada setahun walaupun tidak sembuh sepenuhnya.
B Complex juga sangat sesuai untuk mengurangkan tekanan.
Vivix yang mengandungi anggur muscadine, lobak ungu, elderberi eropah serta polygonum cuspidatum sangat baik untuk membantu pesakit Bell’s Palsy melalui kandungan resveratrolnya yang sangat tinggi. 1 sudu kecil Vivix ni menyediakan sebanyak 100mg resveratrol yang sangat baik untuk membantu menghasilkan sel-sel baru dan memperbaiki sel-sel rosak.
Vivix juga sangat bagus untuk saraf serta membaiki keradangan pada pesakit Bell’s Palsy.
Vivix turut bertindak mengurangkan kekejangan otot muka dan mengaktifkan kembali otot muka yang telah terkena synkenesis akibat serangan Bell’s Palsy ni.
Adalah amat penting untuk merawat synkenesis kerana jika dibiarkan, iaitu tanpa mengambil Methycobal atau sebarang vitamin untuk saraf, otot muka pesakit akan kelihatan mati kerana tiada pergerakan langsung.
Selaian daripada itu, Vivix ni best sangat sebab ia menyokong penuaan seluar (sel), iaitu melambatkan penuaan sebelum masanya. Yang mengamalkan Vivix ni akan nampak awet muda. Ini kerana, akibat synkenesis (menjadikan pergerakan otot yang salah), banyak garis-garis (wrinkles) dan kedutan akan muncul. Bila ambil Vivix, garis-garis halus tadi akan menghilang, wajah pun makin berseri-seri.
Testimoni Vivix Membantu Pesakit Bell’s Palsy
Selain daripada itu, Penjagaan Diri Pesakit Bell’s Palsy ini juga sangatlah penting.
Jadi, kepada pesakit Bell’s Palsy, jangan berputus asa untuk berikhtiar agar penyakit yang nampak sukar nak sembuh ni sebenarnya masih boleh dirawat. Yang penting adalah kesabaran, keazamanan, doa dan tawakkal kepada-Nya.
Sekiranya anda nak mencuba suplemen paling premium iaitu Viviv, Vivix berharga RM 475 sebotol untuk kegunaan sebulan. Kalau nak dapatkan harga special lebih jimat, jangan lupa whatapps saya tau, 019-9377380.
Hubungi saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin membuat perkongsian ya 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Pernah dengar tentang penyakit Palsi Bell (Bell’s Palsy) tak? Bell’s Palsy ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Beberapa keadaan boleh …
Pernah dengar tentang penyakit Palsi Bell (Bell’s Palsy) tak? Bell’s Palsy ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otak, strok dan penyakit Lyme. Sekiranya tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dinamakan Bell’s Palsy.
Penyakit ini mendapat nama sempena ahli anatomi daripada Scotland yang bernama Charles Bell, yang merupakan individu pertama yang menjumpainya.
Bell’s Palsy adalah satu bentuk penyakit yang berkaitan dengan kerosakan saraf. Ia boleh didapati dalam 2 di antara 10,000 orang. Bell’s Palsy melibatkan kerosakan saraf muka ke-7. Walaupun sebab berlakunya penyakit ini tidak jelas, namun mungkin boleh jadi akibat jangkitan herpes. Ada kemungkinan juga akibat stress yang melampau.
Gejala penyakit Bell’s Palsy ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejalanya termasuklah:-
Rasanya memang tak boleh nak bayangkan kalau terkena penyakit Bell’s Palsy ni, minta dijauhkan Allah. Akibat Bell’s Palsy, wajah anggun atau kacak selama ini boleh bertukar rupa dalam sekelip mata. Penyakit ini boleh dikatakan akan mengubah perwatakan seseorang daripada periang dan peramah menjadi pemurung dan suka memencilkan diri.
Jangan lupa untuk ke entri yang seterusnya tentang Kaedah Rawatan Penyakit Bell’s Palsy dan Penjagaan Diri Pesakit Bells Palsy agar, sekiranya ada di antara sesiapa yang kita kenal atau diri kita sendiri yang terkena penyakit ini, tahu macam mana nak merawat penyakit Bell’s Palsy ni.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau perkongsian ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Fibroid yang merupakan ketumbuhan bukan kanser yang boleh tumbuh seperti cendawan serta boleh menganggu kesuburan para wanita yang mengidapnya. Namun, fibroid ni boleh dicegah daripada tumbuh dan seterusnya menghalang kaum wanita …
Fibroid yang merupakan ketumbuhan bukan kanser yang boleh tumbuh seperti cendawan serta boleh menganggu kesuburan para wanita yang mengidapnya. Namun, fibroid ni boleh dicegah daripada tumbuh dan seterusnya menghalang kaum wanita daripada menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Kenalpasti sejarah fibroid dalam keluarga khususnya emak, adik-beradik emak dan diri sendiri. Baka memang memainkan peranan dalam kesemua jenis penyakit khususnya ketumbuhan, kanser, diabetes, darah tinggi dan sebagainya.
Waspadalah jika terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami penyakit fibroid. Berjaga-jaga juga untuk mengambil langkah menjauhkan faktor lain.
Ketumbuhan fibroid ni dirangsang oleh hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan fibroid berkembang.
Biasanya akan ada keseimbangan antara 2 hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan oleh kilang ovari, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku evulation atau penetasan telur yang terjadi pada hari ke 13-14-15-16 dalam pusingan haid.
Sekiranya tidak ada evolution, maka kandungan progesteron tidak akan meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa melibatkan tindakan progesteron.
Kesannya, banyak perkara yang tidak baik akan berlaku. Contohnya akan wujud pelbagai jenis ketumbuhan pada rahim dan dalam payudara yang di antaranya ialah fibroid dan kanser.
Makanan yang mempunyai gula, garam dan lemak yang berlebihan akan menggalakkan peningkatan hormon estrogen. Maka, kawallah pengambilan makanan jenis ini sekiranya ingin menghindarkan diri dari fibroid. Selain daripada itu, jauhkan pengambilan makanan jenis “junk food’ (makanan ringan/rapu) dan ‘fast food’ (makanan segera).
Terdapat banyak jenis maknan yang mengandungi progesterone semulajadi, di antaranya ialah keladi liar serta keledek merah dan ungu. Makanlah makanan ini 2-3 kali seminggu sebagai pengganti nasi.
Jauhkan air yang terkandung di dalam plastik kerana bahan-bahan plastik mengandungi komponen yang boleh meningkatkan xenoestrogen. Jangan panaskan makanan atau air yang diletakkan di dalam bekas plastik menggunakan microwave.
Kurangan penggunaan insecticide, herbicide dalam rumah atau di halaman rumah. Cubalah menggunakan bahan organik untuk tujuan menanam sayuran. Kurangkan juga pengambilan makanan dalam tin.
Beralih kepada bahan pencuci dapur, basuh baju dan shampoo organik.
Makanan yang diubah secara genetik menjadi antara penyumbang utama fibroid. Teknologi pemakanan yang berkenbang pesat telah mendorong mereka menghasilkan tumbuhan dan ternakan melalui pengubahsuaian genetik (GMO). Semuanya kerana ingin mendapat hasil dan keuntungan yang lebih besar dan banyak.
Namun, sekarang ni banyak juga makanan dari ternakan seperti lembu, kambing dan ayam yang telah dipelihara secara organik. Ianya lebih selamat kepada pengidap-pengidap fibroid dan endometriosis. Apatah lagi untuk mengelakkan penyakit-penyakit tersebut.
Elakkan coffee, biji bunga matahari, kunyit, buah pala yang mungkin boleh menggalakkan pertumbuhan fibroid.
Losyen kulit ataupun bahan kosmetik yang mengandungi paraben sebagai bahan pengawet perlu dijauhkan. Pastikan pengawet yang digunakan berasal daripada minyak sayuran.
Menurut Dr. Hamid Arshat, rawatan bagi fibroid ialah pembedahan yang dikenali sebagai Myomectomy.
Sekiranya boleh nak elak pembedahan tu, memang semua pesakit fibroid nak elak kan? Sebabnya, pembedahan tetap ada risikonya yang tersendiri walaupun minima je.
Kisah seorang jiran kepada wanita ni yang fibroidnya berkurang dari 7 cm kepada 2 cm dengan ikhtiar Vivix. Apa yang menakjubkan, dengan izin Allah, pengecutan ni berlaku kurang daripada 1 minggu.
Fibroid dipercayai sangat berkait rapat dengan faktor genetik dan hormon estrogen. Sudah pastilah kerosakan gen dan peningkatan hormon estrogen bukannya berlaku dengan tiba-tiba kan?
Menurut kajian yang dimuatkan Jurnal of Assisted Reproduction and Genetics, Volume 30, Issue 7 pada Julai, 2013, fibroid terjadi disebabkan terdapat masalah dalam sistem antioksidan dalam badan.
Ini bermakna, fibroid berlaku akibat kehadiran radikal bebas. Vivix yang terdiri daripada 4 bahan utama sangat kaya dengan antioksidan. Jadi, tidak hairanlah kalau Vivix mampu membantu mengecutkan fibroid dengan pantas.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144