Gout adalah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh kehadiran asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal daripada protein yang dikenali sebagai purin. Badan kita pula …
Goutadalah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh kehadiran asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal daripada protein yang dikenali sebagai purin. Badan kita pula membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang daripada tubuh dan berkumpul di bahagian sendi.
Bagaimana Obesiti Menjadi Punca Penyakit Gout?
Pertambahan berat badan dan obesiti memainkan peranan yang agak besar dalam pembentukan penyakit gout. Apabila badan kita menjadi terlalu berat, kebanyakan bebanan akan tertumpu kepada buah pinggang. Maka, buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya.
Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pengidap gout mempunyai berat badan berlebihan. Gout juga dibuktikan mempunyai perkaitan dengan penyakit kencing manis, tekanan darahtinggi dan hiperlipidemia.
Bagaimana Obesiti Boleh Mengundang Gout?
Apabila berat badan semakin bertambah, buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras. Keadaan ini akan membebankan lagi buah pinggang serta menjadikannya lebih sukar untuk berfungsi dengan sepatutnya.
Lantaran daripada itu, tahapl asid urik akan meningkat kerana buah pinggang tidak dapat memproses dan membuang asid urik keluar daripada badan. Apabila kandungan asid urik terlampau tinggi, maka ia akan berkumpul di sekitar bahagian sendi dan menyebabkan gout terjadi.
Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Orang Yang Mempunyai Berat Badan Berlebihan?
Sebagai permulaan, pastikan berusaha untuk menurunkan berat badan dengan sesihat yang mungkin. Pastikan mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan umur dan ketinggian.
Sekiranya tindakan ini diambil sebelum terkena gout, ia adalah satu langkah yang sangat bagus. Namun sekiranya kita merupakan penderita gout, dengan kehilangan beberapa KG berat badan boleh mengurangkan simptom gout.
Secara tidak langsung, ini akan mengurangkan bebanan buah pinggang dan membolehkan ia bekerja dengan lebih baik.
Adakah Pesakit Gout Perlu Berdiet?
Para pengidap gout perlu melakukan aktiviti fizikal atau senaman di samping menjaga diet yang sihat dan seimbang.
Malah, sekiranya telah mengalami kekurangan berat badan sekalipun, pesakit gout perlu menjauhi makanan yang tinggi kandungan purin seperti:-
Kerangan
Daging merah
Kacang peas, bean, bunga kobis, bayam
Organ dalaman – hati, otak, jantung, buah pinggang
Alkohol
Sebaliknya, pesakit gout disyorkan minum banyak air susu dan air kosong serta mengambil produk tenusu rendah lemak. Merujuk doktor untuk diet terbaik juga adalah sangat penting.
Kaitan Genetik & Pesakit Gout
Kajian mendapati obesiti dan gout boleh wujud dalam sesebuah keturunan. 1 daripada 4 pesakit gout dikenalpasti datang daripada keturunan keluarga yang mempunyai penyakit ini.
Maka, ambilah perhatian yang lebih sekiranya mendapati ada di antara keluarga kita yang mengidap gout dan obesiti.
Makanan Bantu Rendahkan Kadar Asid Urik
Beri Gelap
Salmon
Kekacang & minyak zaiton
Bagi kita yang belum lagi mengidap gout, langkah-langkah pencegahan perlu diambil dengan segera. Pastikan sentiasa menjalani kehidupan seharian yang aktif serta makan secara sihat dan sederhana. Gout ni, sekali menyerang, jejaknya memang sukar nak dihilangkan.
Tekanan merupakan satu tindak balas badan kita terhadap pelbagai situasi yang berbeza. Tahukah kita sebagai ibu bapa kanak-kanak turut mengalami tekanan seperti orang dewasa? Cuma mungkin dapat situasi sedikit berbeza mengikut …
Tekanan merupakan satu tindak balas badan kita terhadap pelbagai situasi yang berbeza. Tahukah kita sebagai ibu bapa kanak-kanak turut mengalami tekanan seperti orang dewasa? Cuma mungkin dapat situasi sedikit berbeza mengikut tahap perkembangan mereka.
Sebenarnya tekanan di dalam diri kanak-kanak adalah perkara biasa, yang merupakan sebahagian daripada proses pembesaran, melalui fasa baru serta pengalaman dalam kehidupan.
Situasi Yang Boleh Menjadi Tanda Anak Kecil Sedang Stress
1)Perubahan Besar/Utama
Pertambahan ahli baru dalam keluarga seperti kehadiran bayi lelaki atau perempuan yang baru lahir, berpindah atau pun pergi ke sekolah buat pertama kalinya boleh memberi gangguan dan rasa tidak selesa serta masalah kepada anak-anak kita.
Situasi ini berlaku ekoran kerana rutin harian anak-anak tersebut telah berubah.
2) Isu-isu Rumahtangga
Sama ada terdapat sedikit perselisihan faham di antara ibu dan ayah, ataupun masalah kewangan, anak-anak boleh mengesan atau merasai sesuatu yang tidak kena di dalam rumah.
Keadaan ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut berasa bersalah dan merasakan yang merekalah menjadi punca terhadap masalah tersebut.
3) Tekanan Sekolah
Kanak-kanak yang sedang membesar serta telah bersekolah tidak terkecuali mengalami tekanan daripada rakan sebaya dan situasi ini sangatlah mencabar.
Biasanya kanak-kanak akan bertindak dan beraksi atau mengenakan pakaian tertentu apabila ingin turut sama berada di dalam kelompok tertentu. Kiranya macam satu gang gitu.
Selain daripada itu, kanak-kanak turut berasa tertekan apabila ingin mendapat gred atau keputusan yang bagus serta cemerlang dalam peperiksaaan.
4) Mencari Perhatian
Ada masanya, malah ramai ibu bapa yang mengabaikan untuk menghabiskan masa bersama anak-anak mereka ekoran jadual kerja yang terlalu sibuk.
Kanak-kanak selalunya memerlukan perhatian yang lebih dari ahli keluarga terutamanya ibu bapa dan para guru.
Memandangkan stress di kalangan anak-anak adalah suatu perkara normal, ianya bukannlah perkara yang perlu dibimbangi secara melampau oleh ibu bapa.
Namun sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan segera, ia boleh memudaratkan lagi keadaan anak-anak tersebut.
Apa yang paling penting ialah ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menenangkan sekaligus memberi semangat dan panduan kepada anak-anak mereka agar dapat bertindak sewajarnya. Secara tidak langsung, anak-anak akan dapat melalui dan menangani stress mereka tanpa bertindak di luar kawalan. Bantu anak kita untuk menangani stress secara bijaksana.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Pelbagai jenis nutrien penting diperlukan oleh ibu hamil bagi memastikan tubuh badan ibu benar-benar fit dan sihat. Manakala bayi di dalam kandungan pula memerlukan pelbagai jenis zat yang diperolehi melalui ibu …
Pelbagai jenis nutrien penting diperlukan oleh ibu hamil bagi memastikan tubuh badan ibu benar-benar fit dan sihat. Manakala bayi di dalam kandungan pula memerlukan pelbagai jenis zat yang diperolehi melalui ibu untuk menampung perkembangan serta tumbesaran yang sihat dan normal.
Justeru itu, sekiranya para ibu sering mengabaikan apa yang ditelan selama ini, maka inilah masanya untuk berubah. Mulalah mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
Hidangan harian mestilah merangkumi variasi makanan daripada 4 kumpulan makanan berikut:-
1) Buah-buahan & Sayur-sayuran
Para ibu boleh membeli buah-buahan dan sayur-sayuran dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus.
Namun, sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta jus perahan sendiri yang boleh dicampurkan adalah pilihan terbaik.
Sasarkan untuk mengambil 5 hidangan dari kumpulan ini sehari.
2) Makanan Berkanji
Makanan berkanji ni termasuklah roti, nasi, pasta dan kentang. Pilihan terbaik adalah daripada sajian bijian penuh.
3) Makanan Kaya Protein
Makanan yang mengandungi tinggi protein termasuklah daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang.
Cuba target untuk mengambil 2 hidangan ikan seminggu termasuklah ikan yang berminyak.
4) Produk Tenusu
Produk tenusu termasuklah susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium. Bagi ibu-ibu yang memang jenis tak boleh nak telan produk tenusu, boleh cuba mengamalkan suplemen kalsium sebagai alternatif agar khasiat daripadanya dapat diperolehi.
Sebenarnya, hampir semua kumpulan makanan ni telah menjadi hidangan harian bagi sesetengah para ibu. Untuk mempertingkatkan lagi tahap diet sihat ibu-ibu sekalian, mungkin cara penyediaan makanan perlu diubah.
Walaupun setiap bentuk kelahiran bayi telah ditentukan-Nya, namun, apa yang paling penting, para ibu perlu berusaha untuk menjaga pemakanan sihat semasa hamil. Doa dan tawakkal juga perlu seiring. Semoga para ibu sekalian dipermudahkan melalui pengalaman mengandung sehingga kelahiran bayi yang sihat dan cergas 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Para ibu hamil perlu memastikan pengambilan makanan yang seimbang bagi menampung keperluan tubuh yang berbadan dua serta untuk membekalkan nutrisi yang cukup bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan. Namun, terdapat beberapa …
Para ibu hamil perlu memastikan pengambilan makanan yang seimbang bagi menampung keperluan tubuh yang berbadan dua serta untuk membekalkan nutrisi yang cukup bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan. Namun, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan sewaktu hamil kerana ia boleh membahayakan bayi tersebut.
9 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhi Oleh Ibu Mengandung
1) Kerang
Kerang yang biasanya terdapat di dalam char kuey teaw goreng, sambal nasi lemak atau laksa sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut.
Namun, adalah lebih baik para ibu memberitahu penjual agar tidak memasukkannya ke dalam makanan yang ingin dimakan oleh ibu-ibu sekalian.
Ini kerana, para ibu tidak tahu sama ada kerang tersebut dimasak dengan betul atau tidak.
2) Hidangan Stimbot (Steamboat)
Ada sesetengah daripada bahan-bahan stimboat tidak dimasak sepenuhnya.
Justeru itu, pastikan ianya dipanaskan sehingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
3) Keju
Beberapa jenis keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton.
Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi dalam rahim ibu.
4) Pate, Daging Mentah @ Kurang Masak & Telur
Semua sumber makanan ini merupakan sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi ibu-ibu sekalian. Apabila menyediakan daging atau telur, pastikan ianya dimasak sepenuhnya.
5) Makanan Laut Mentah
Makanan laut yang selalu diambil secara mentah ialah tiram dan sushi. Para ibu perlu elakkan semua ini.
Selain itu, tuna juga turut mengandungi raksa. Oleh itu, hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada 4 tin bersaiz sederhana atau 2 stik segar seminggu.
7) Hati & Produk Hati (Pate, Sosej Hati)
Semua makanan ini perlu dielakkan kerana mungkin mengandungi sejumlah besar Vitamin A berjenis retinol.
Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi di dalam kandungan.
8) Minuman Beralkohol
Bagi yang bukan muslim, berhenti atau kurangkan pengambilan minuman beralkohol semasa hamil. Jika mahu minum, jangan minum lebih daripada 2 unit, 1 atau 2 kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
9) Kafein
Hadkan pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Ini bermakna atau bersamaan dengan 2 cawam besar (mug) kopi segera atau 4 cawan teh atau 5 tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, para ibu boleh mengambil kopi atau kola nyahkafein.
Sebenarnya, semua jenis makanan ni pun tak bagus sangat kalau kita yang tak hamil ni ambil secara berlebihan. Kalau hamil apatah lagi. Kesihatan bayi di dalam kandungan adalah jauh lebih penting. Apa yang para ibu makan atau minum semasa mengandung akan disalurkan terus kepada bayi. Jadi perlu berhati-hati dalam memilih makanan seharian.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Hakikat yang harus dihadapai oleh mereka yang mengalami obesiti adalah risiko mendapat penyakit kronik termasuklah masalah jantung. Salah satu penyakit jantung yang berkaitan adalah pembesaran atau pembengkakan jantung. Penyelidikan baru daripada …
Hakikat yang harus dihadapai oleh mereka yang mengalami obesiti adalah risiko mendapat penyakit kronik termasuklah masalah jantung. Salah satu penyakit jantung yang berkaitan adalah pembesaran atau pembengkakan jantung.
Penyelidikan baru daripada The University of Arizona Sarver Heart Center telah membantu memberi perincian yang lebih jelas bagaimana berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Kenali Penyakit Left Ventricular Hypertrophy (LVH)
Dalam kajian terbesar seumpana ini, pakar kardiologi, M. Reza Movahed, MD, PhD dan pakar pemyelidik Adolfo A. Matinez MD, mendapati bahawa berat badan yang berlebihan dikaitkan dengan penebalan otot jantung dalam ventrikel kiri, ruangan pengepam jantung. Ia dikenali sebagai Left Ventricular Hypertrophy (LVH) oleh para pakar perubatan,.
Penebalan dinding jantung menjadi amat ketara pada pesakit obes yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) 30 atau lebih besar. LVH ini menjadi risiko yang sangat tinggi kepada kematian. Ketahui juga cara mengira BMIyang mudah.
Daripada 17,261 ultrasound jantung yang dianalisa, didapati bahawa penyempitan injap aortic, injap utama yang membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh merupakan punca utama kepada LVH. Seterusnya diikuti oleh jantina dan BMI.
Walaupun punca sebenar berlakunya LVH kepada pesakit obes masih belum diketahui dengan jelas, namun dipercayai ianya mungkin akibat peningkatan beban kerja serta lain-lain faktor risiko penyakit jantung kepada pesakit ini.
Cara Mudah Penyakit Left Ventricular Hypertrophy (LVH)
Justeru itu, amatlah penting untuk kita yang mungkin sedang menghadapi masalah obesiti untuk menukar gaya hidup yang lebih sihat. Ini termasuklah mengambil diet yang sihat (makanan seimbang), melazimkan aktiviti fizikal, kehidupan yang lebih baik (tidak merokok, minum alkohol, bermasyarakat).
Selain daripada itu, mengekalkan BMI yang ideal adalah salah satu cara terbaik untuk menghalang masalah penebalan/pembengkakan dinding jantung (LVH) sekaligus membolehkan jantung dapat berfungsi dengan baik.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Buat julung-julung kalinya, pihak Shaklee mengadakan Clearence Sale untuk Vitamin E, Beli 2 dapat 50% potongan. Maknanya Beli 2 botol Vitamin E, bayar untuk 1 botol Vitamin E sahaja. Bila lagi …
Buat julung-julung kalinya, pihak Shaklee mengadakan Clearence Sale untuk Vitamin E, Beli 2 dapat 50% potongan. Maknanya Beli 2 botol Vitamin E, bayar untuk 1 botol Vitamin E sahaja. Bila lagi nak ada clearance sale untuk Vitamin E yang macam ni, memang tak tahulah saya.
Kebaikan Vitamin E
Tinggi antioksidan – bantu elakkan/rendahkan risiko mendapat kanser
Melambatkan proses penuaan – menjadikan diri awet muda
Melicinkan kulit dan menghilangkan parut
Menlembapkan kulit yang kering
Mencegah jeragat di samping memudarkan jeragat yang ada
Menjadikan rambut semakin cantik, sihat dan lebat.
Meningkatkan kesuburan lelaki dan meningkatkan fungsi sperma
Menggalakkan hubungan seksual – dikenali sebagai vitamin cinta.
Membantu mengurangkan kekejangan otot kaki – bersifat anti radang dan membantu pengaliran darah yang baik.
Apa lagi kiter? Buat yang memang baru nak mencuba kehebatan dan kebaikan Vitamin E ni, apatah lagi pengamal tegar Vitamin E, jangan lepaskan peluang. Grab sekarang sebab nama pun clearance sale kan. Jadinya sehingga stok masih ada jelah. Kalau tak sampai tengah bulan, stok Vitamin E untuk clearance sale ni dah habis licin, jangan menyesal tak sudah ye.
Jom kongsi juga dengan mak ayah. Sudah pasti inilah pilihan terbaik untuk mereka. Dengan Vitamin E Shaklee yang dijamin selamat, berkesan dan mesra alam 🙂
Psst, ni dahlah dapat Vitamin E dengan separuh harga, untuk bulan Oktober ni, siapa yang join ahli Shaklee, akan dapat percuma sebotol Vitalea (multivitamin) berharga RM 88.75. Kiranya macam free membership jugaklah.
Hubungi saya kalau nak tahu lebih lanjut lagi ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Dalam Siri 1 Sikap & Adab Dalam Pemakanan & Minuman Islam yang lalu, perkongsian saya banyak menyentuh tentang amalan-amalan yang sangat mudah dan ringkas tapi sering kita abaikan. Padahal apa yang …
Dalam Siri 1 Sikap & Adab Dalam Pemakanan & Minuman Islam yang lalu, perkongsian saya banyak menyentuh tentang amalan-amalan yang sangat mudah dan ringkas tapi sering kita abaikan. Padahal apa yang disarankan adalah kembali untuk kesihatan kita jua.
Seperti yang dijanjikan, kalini saya sambung untuk Siri 2 pula. Mesti kita nak tahu apa kaitan adab tersebut dengan kesihatan kita kan? Jommmm.
Sikap & Adab Pemakanan & Minuman Menurut Islam
Cara Minum Yang Betul
Rasulullah SAW tidak menggalakkan seseorang menghabiskan minuman dalam satu teguk.
“Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minum dengan dua atau tiga teguk. Sebut Bismillah apabila kamu hendak minum dan puji Allah apabila kamu selesai” (Tarmizi)
Anas bin Malik melaporkan “Rasulullah SAW minum dengan tiga nafas” (Bukhari & Muslim)
Menurut Imam Muslim, cara minum seperti ini lebih:-
menghilangkan dahaga
menyihatkan
menghadamkan
Mengunyah Dengan Sempurna
Makanan yang keras seperti daging perlu dikunyah sedikit demi sedikit. Jika ia ditelan tanpa dikunyah dengan sempurna, ia akan mendatangkan kesan negatif kepada sistem penghadaman.
Sehubungan dengan ini, Tarmizi berpandukan hadis bertaraf Hasan melaporkan, Nabi SAW bersabda, “Gigit daging sedikit demi sedikit dengan gigi kami. Cara ini lebih lazat dan membantu penghadaman”
Salah satu cara nak kurus pun perlu kunyah dengan sempurna kan? Kalau tak, kesian kat perut dan usus terpaksa bekerja berkali ganda nak hadamkan makanan tadi, ye tak?
Mambasuh Tangan & Menjilat Jari
Rasulullah SAW bersabda’ “Keberkatan makanan terletak pada amalam berwuduk sebelum dan selepasnya” (Tarmizi & Abu Daud).
Kalimat “berwuduk” di sini bermaksud membersihkan tangan. Andai kata tangan dibasuh sebelum dan selepas makan, ia mendatangkan keberkatan.
Selain daripada itu, setiap makanan mempunyai zatnya. Zat-zat ini sangat bermanfaat kepada tubuh kita walaupun sedikit. Membuang/membazir makanan bermakna membuang sesuatu yang mendatangkan manfaat.
Islam mendidik umatnya menghargai makanan dengan menjilat jari-jari mereka secara sopan dan beradab selepas makan.
Kaab bin Malik melaporkan, “Rasulullah SAW makan sesuatu dengan mengggunakan tiga jari dan baginda menjilat jari-jari sebelum mengesat tangan” (Muslim)
Menutup Bekas Makanan & Minuman
Makanan dan minuman perlu ditutup supaya kebersihannya sentiasa terjaga dan tidak terdedah kepada lalat dan serangga yang lain.
Islam juga melarang umatnya membiarkan tangki-tangki dan tempat penyimpanan air dalam keadaan tidak tertutup kerana boleh mendedahkan kepada kotoran.
Rasulullah SAW bersabda, “Kuncilah pintu rumahmu, tutuplah tempat simpan airmu, balikkan bekas-bekas air atau tutupkannya dengan sesuatu dan padamkan pelita sebelum tidur pada waktu malam” (Tarmizi) – hadis bertaraf Hasan Sohih.
Kalau difikirkan, amalan ini sebenarnya boleh mencegah daripada kedatangan lipas, tikus, semut atau serangga lain yang suka kepada kekotoran sekaligus menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Nampak macam leceh jer nak kene “operasi”kan dapur sebelum tidur, tapi sebenarnya terlalu besar hikmah yang tersembunyi.
Benarlah, setiap sesuatu yang disarankan oleh Islam itu tersembunyi sejuta macam kebaikan untuk diri kita sendiri. Ni baru yang sunah dan perkara harian kan, kalau perkara yang WAJIB tu, mesti lagi besar hikmahnya.
Jadi, tak rugipun kalau kita mengikut adab pemakanan dan minuman dalam Islam ni. Sendiri yang amalkan, sendiri yang terasa kebaikannya.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Rasanya ramai ibu hamil yang mengalami masalah kejang (cramp) kaki sewaktu hamil kan? Tak terkecualilah saya sendiri. Sakitnya Ya Rabbi. Memang rasa nak nangis. Ada masanya, sampai boleh terjaga di tengah …
Rasanya ramai ibu hamil yang mengalami masalah kejang (cramp) kaki sewaktu hamil kan? Tak terkecualilah saya sendiri. Sakitnya Ya Rabbi. Memang rasa nak nangis. Ada masanya, sampai boleh terjaga di tengah malam. Biasanya kejang kaki ni berlaku pada trimester kedua dan trimester ketiga.
Kejang kaki ni dikatakan terjadi disebabkan oleh asid yang terkumpul di dalam serat otot yang membuatkan otot menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil masih belum dipastikan secara jelas lagi.
Beberapa Teori Mengapa Kekejangan Sering Berlaku Sewaktu Hamil
Kekurangan nutrien dan garam seperti Kalsium atau Magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan akan mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
Uterus (rahim) yang semakin membesar akan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki ibu. Keadaan ini termasuklah kesan hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki ibu.
Sebagaimana berlari, bersukan, atau hanya berdiri sepanjang hari, boleh membuat kita berasa letih, begitu jugalah dengan kandungan yang semakin sarat ini.
Cara Melegakan Masalah Kejang Kaki Semasa Hamil
Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula para ibu akan berasa sakit, namun lama-kelamaan kesakitan tersebut akan menghilang.
Urut otot yang kejang itu.
Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan tadi benar-benar hilang dan para ibu boleh berjalan seperti biasa.
Tips Mudah & Berkesan Elak Kejang Kaki Semasa Hamil
Tips#1: Senaman Regangan Kaki
Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikana tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama 5 saat. Ulang senaman ini selama 5 minit, 3 kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
Tips#2: Senaman Tapak Kaki
Bengkokkan tapak kaki ke bawah, kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak 8 kali dan ke bawah 8 kali.
Tips#3: Elakkan Kaki Bersilang Lama
Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama.
Tips#4: Berjalan-jalan
Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.
Tips#5: Cukup Rehat
Elakkan terlalu letih. Baring di sebelah kiri badan bagi meningkatkan peredaran darah ke bahagian kaki.
Tips#6: Elakkan Hidrasi
Minum air kosong dengan secukupnya secara kerap bagi memastikan badan kekal terhidrat.
Tips#7: Mandi Air Panas
Mandi air panas sebelum tidur dapat membantu merehatkan otot tubuh para ibu.
Tips#8: Mengambil Suplemen
Memandangkan kejang kaki juga dipercayai akibat kekurangan nutrien dan garam seperti Kalsium atau Magnesium dalam darah, maka para ibu hamil sangat disarankan mengamalkan Ostematrix yang terkandung di dalam Set Hamil Lengkap Shaklee.
Ostematrix sangat istimewa kerana bukan hanya mengandungi Kalsium semata-mata, malah turut mengandungi vitamin penting seperti Vitamin D dan Magnesium. Dengan kehadiran Vitamin D, Kalsium dapat diserap secara optimum oleh tubuh. Magnesium pula membantu membawa Kalsium ke bahagian tubuh yang terlibat.
Apabila penyerapan serta sebaran Kalsium dapat berlaku secara optimum, maka risiko mendapat penyakit batu karang akibat pengambilan Kalsium sangat minimum.
Masalah batu karang akibat pengambilan suplemen Kalsium biasanya diakibatkan oleh pengambilan suplemen yang mengandungi Kalsium semata-mata tanpa gabungan Magnesium dan Vitamin D.
Berbalik kepada Ostematrix tadi, ianya bukan sahaja bantu para ibu hamil mengatasi masalah kejang kaki, malah sangat popular dalam bantu para ibu hamil yang mengalamisakit dan lenguh badan, otot, belakang, kebas kaki serta yang paling WIN adalah sembelit.
Di samping mengamalkan semua 7 tips mengatasi mudah mengatasi masalah kejang kaki sewaktu hamil, para ibu juga boleh mencuba suplemen Ostematrix yang semulajadi, dijamin berkesan dan mesra alam ni. InsyaaAllah sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan yang dialami hampir semua ibu hamil.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Kita tidak boleh sesekali berasa terjamin sihat dan akan terselamat daripada sebarang penyakit apabila menjadi pengamal suplemen tapi pada masa yang sama tak jaga makan. Makanan ringan dan segera menjadi rutin …
Kita tidak boleh sesekali berasa terjamin sihat dan akan terselamat daripada sebarang penyakit apabila menjadi pengamal suplemen tapi pada masa yang sama tak jaga makan. Makanan ringan dan segera menjadi rutin harian. Malah, mengamal suplemen tegar sekalipun begitu berisiko mendapat penyakit berbahaya sekiranya mengamalkan corak pemakanan yang sama.
Dah tu, buat apa susah payah makan suplemen?
Kenapa Suplemen Menjadi Satu Keperluan Untuk Kesihatan Zaman Moden
1) Kehilangan Zat Sewaktu Proses Penyediaan Makanan
Proses memotong, menghiris, mencincang bahan makanan boleh menyebabkan berlakunya kehilangan zat pada makanan tersebut.
Ditambah pula penggunaan suhu yang tinggi/panas yang boleh merosakkan zat pada makanan yang disediakan. Contohnya kaedah menggoreng atau deep frying.
Kaedah ini juga boleh menghasilkan lemak trans (trans fat) yang tidak sihat kepada tubuh iaitu menjadi penyebab kepada pengumpulan kolestrol.
2) Pola Pemakanan
Pola makanan yang baik adalah pola makanan sihat dan seimbang, namun penelitian mendapati, banyak orang tidak mendapat cukup vitamin dan mineral dalam makanan seharian. Sebab itulah kita perlukan suplemen bagi membantu mencapai kesihatan optima dan mengurangkan risiko kesihatan. (American Medical Association Journal 2002; 287: 3127-3129)
3) Gaya Hidup
Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman beralkohol serta kurang melakukan aktiviti fizikal/berolahraga meningkatkan keperluan tubuh untuk zat gizi (vitamin/mineral) tertentu.
Suplemen dapat menampung kekurangan zat di dalam tubuh dengan syarat turut mengambil makanan yang sihat dan seimbang.
4) Pencemaran Berlaku Di Mana Sahaja
Kita sering terdedah dengan perbagai pencemaran dari makanan minuman serta alam sekitar seperti pencemaran udara, air dan sebagainya. Pencemaran yang berlaku boleh merosakkan sel di dalam tubuh.
Suplemen diperlukan bagi mambantu membaiki sel yang rosak serta menghasilkan sel baru yang sihat. Ini kerana tubuh kita sudah tidak mampu menampung kerosakan sel yang berlaku secara berterusan.
5) Memenuhi Keperluan Badan
Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi sesetengah nutrien. Ada kalanya makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan zat yang cukup mengikut keperluan tubuh.
6) Vitamin Penting Tidak Dapat Dihasilkan Sendiri
Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin untuk pertumbuhan yang optimum. Di antaranya ialah Vitamin A, C, D, E, K dan B (Tiamin, Riboflavin, Niasin, Asid Pantotenat, Biotin, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Folik).
Walaupun mempunyai peranan yang sangat penting, badan hanya dapat menghasilkan Vitamin D dan K dalam bentuk provitamin yang tidak aktif.
Sumber pelbagai vitamin diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen.
7) Gangguan Penyerapan Nutrisi Daripada Makanan
Ada masanya lauk makan tengah hari kita ialah tempe (sumber kalsium) dan sayuran hijau seperti bayam (sumber zat besi). Walaupun kelihatan seperti menu sihat namun kalsium dan zat besi tidak disyorkan di ambil bersama.
Gabungan kedua-dua zat ini akan menghalang tubuh dari menyerap nutrisi yang terlibat. Jadi badan akan kekurangan Kalsium dan Zat Besi pada masa yang sama.
Jom rehat minda dengan layan poster-poster kat bawah ni:-
Sekiranya kita bercadang nak amalkan suplemen, mengambil manfaat daripada suplemen tersebut, amalkan secara konsisten dan ikut panduan pemakanan suplemen tersebut untuk hasil yang paling optimum. Pastikan memilih juga suplemen yang benar-benar berkesan, selamat dan mesra alam 🙂
Tawaran yang diterima oleh tunang saya untuk bertugas di Amerika Syarikat pada awal tahun 2008 yang lalu telah mengubah sedikit-sebanyak perjalanan hidup kami. Pada mulanya, majlis perkahwinan yang dirancang diadakan pada …
Tawaran yang diterima oleh tunang saya untuk bertugas di Amerika Syarikat pada awal tahun 2008 yang lalu telah mengubah sedikit-sebanyak perjalanan hidup kami. Pada mulanya, majlis perkahwinan yang dirancang diadakan pada bulan Ogos telah dipercepatkan kepada bulan Mac.
Walaupun agak rushing dan hampir setiap hujung minggu saya dalam keadaan yang agak sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan, namun Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Permulaan Pengalaman Hidup Sebagai Pasangan Suami Isteri Di Perantauan
Pada 29 Mac 2008, selamatlah kami diijabkabulkan. Penerbangan ke sana sepatutnya pada bulan April, tapi memandangkan ada dokumen yang terlibat masih dalam proses pada waktu tersebut, maka tarikh penerbangan ke sana telah diubah kepada 29 Mei 2008.
Kami menaiki pesawat Malaysia Airlines System (MAS) daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Taiwan selama 5 jam. Transit di sana selama 2 jam. Kemudian penerbangan diteruskan ke Los Angeles (LA) selama 16 jam. Transit lagi di LA selama 9 jam. Seterusnya dari LA, terbang ke Lapangan Terbang Dulles selama 6 jam.
Perjalanan dan transit memakan masa hampir 38 jam. Memang satu pengembaraan yang panjang. Kalau travel dengan anak-anak kecil, mesti lagi mencabar.
Sampai di Dulles airport, kami disambut oleh Encik Azmi, rakan sepejabat suami di sini. Beliau membawa kami singgah di rumah beliau terlebih dahulu.
Yang bestnya, kami dijamu dengan nasi lemak. Alhamdulillah, terubat rindu yang baru bertaut pada keluarga dan tanah air.
Sebelah petang tu, kami dibawa ke hotel di Oakwood, Vienna, Virginia. Hotel ala-ala apartment satu bilik yang lengkap peralatan dapur, mesin basuh dan peti sejuk, microwave dan mesin pengering baju. Kira sangat selesa rasanya.
Hampir sebulan juga kami kat hotel tu sebelum masuk ke rumah sendiri di kawasan berdekatan. Rumah kami dipanggil town house. Rumah 3 tingkat, dalam 4-5 rumah satu blok. Jiran-jiran pun kebanyakkannya orang luar. Ada dari Arab, Korea dan lain-lain negara.
Sebelum berlepas ke sini, ada juga kebimbangan di hati sesetengah ahli keluarga dan kenalan tentang layanan masyarakat setempat. Tetapi semuanya lenyap sama sekali dengan kemesraan yang ditunjukkan.
Antara perkara yang saya sangat kagumi adalah akhlak dan sikap (attitude) masyarakat di sini.
Salah satu yang paling ketara ialah sikap sewaktu di atas jalan raya. Pejalan kali memang terasa bagaikan raja di jalan raya. Katakan kita berada di hadapan pasar raya dan ingin melintas, memang semua kenderaan akan segera memberi laluan. Ibarat seperti tak perlu nak toleh kiri kanan, boleh terus jalan. InsyaaAllah selamat nak melintas.
Kalau nak dibandingkan di negara kita, pejalan kaki yang berada di lintasan belang (zebra line) pula yang terpaksa memberi laluan kepada kenderaan yang sedang lalu-lalang.
Kalau berada di atas jalan raya, mereka sangat bertolak ansur dan mematuhi peraturan jalan raya. Mengikut giliran apabila berada di simpang yang tiada traffic light.
Ibarat kata pepatah, akhlak Islam dan budaya timur yang boleh dijumpai di barat gitu. Bukanlah ingin mengagungkan mereka tapi ambil mana yang positif, apa salahnya kan?
Tawaran untuk suami bertugas di luar negara ni bagaikan mendapat tiket honeymoon gitu. Tapi honeymoon yang panjang, sampai 3 1/2 tahun, hehehe.
Apa yang paling berharga ialah kami belajar hidup berdikari selepas berkahwin. Jauh daripada keluarga serta tanah air. Hidup di perantauan betul-betul membentuk jiwa menjadi lebih kuat, kental dan bergantung pada-Nya.
Alhamdulillah dengan secebis kenangan dan pengalaman yang sentiasa terpahat di hati. Semoga dikurniakan rezeki untuk ke sana lagi. Tapi kalini sebagai pelancong pulak. Baru best nak layan feel tu, ameen.
Rakaman Memori Indah Sewaktu Berada Di Luar Negara
Jom layan gambar-gambar kenangan saya kat sana. Sengaja ingin saya abadikan di dalam blog ni agar ianya kekal menjadi kenangan terindah.
Rasa macam nak tempek semua gambar kat sini mengenangkan hard disk yang save kebanyakan gambar tahun-tahun terawal di US dulu dah crash. Memang sayang sangat. Harap-harap gambar sewaktu sebelum bertolak ke US serta yang dah hilang tu dapat dicapai kembali.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything