Kenapa Kolestrol Jahat Sangat Digeruni Ramai?
Sebelum ni kita sering dikhabarkan yang santan dan durian mempunyai kolestrol yang tinggi. Takut nak makan banyak-banyak sebab nak pastikan kolestrol sentiasa kurang dan terkawal dalam tubuh. Tapi hakikatnya santan dan …
Sebelum ni kita sering dikhabarkan yang santan dan durian mempunyai kolestrol yang tinggi. Takut nak makan banyak-banyak sebab nak pastikan kolestrol sentiasa kurang dan terkawal dalam tubuh. Tapi hakikatnya santan dan durian langsung tidak mempunyai kolestrol. Sebabnya kolestrol hanya terdapat di dalam sumber haiwan.
Jadi, bilis, salmon, ayam, lembu mengandungi kolestrol.
Sukalah tu!Hehehe. Tapi, santan dan durian ni, berkalori tinggi. Jadi makan pun kene beringat juga. Kalori tinggi, maknanya potensi nak gemuk pun tinggi. Jangan suka-suki melantak nasi lemak 2-3 bungkus sekali hadap 😛
Apakah Kolestrol?
Kolestrol adalah sejenis lemak tapi tak semua lemak mengandungi kolestrol. Kolestrol terhasil dalam hati. Kolestrol ni berperanan membawa tenaga dari hati kepada sel dan mengembalikan tenaga dari sel kepada hati.
Kolestrol yang keluar dari hati kepada sel dipanggil kolestrol jahat (LDL), manakala kolestrol yang keluar dari sel dan kembali kepada hati dikenali sebagai kolestrol baik (HDL). Bila kolestrol jahat tidak dapat kembali ke hati, maka kandungan kolestrol jahat akan meningkat di dalam darah.
Apakah Bahaya Kolestrol Kepada Kesihatan
Masalah kolestrol ni bukan berasal daripada kolestrol semata-mata tapi berasal daripada gabungan beberapa isu yang lain seperti stress dan tekanan darah tinggi.
Bila kita mengalami stress dan tekanan darah tinggi, pengaliran darah termasuk yang mengandungi kolestrol jahat tadi akan meningkat di dalam salur darah (arteri).
Bila tekanan darah semakin tinggi, ia turut akan memberi tekanan kepada dinding arteri. Jika keadaan ini berlarutan dalam tempoh yang lama, dinding arteri akan mengalami keretakan kecil.
Bila kolestrol melalui salur darah ini, kolestrol mudah terperangkap di dalam retakan dinding tersebut. Semakin lama, semakin banyak kolestrol terperangkap dan boleh membentuk plak dan sebagainya serta boleh menyebabkan dinding arteri tersumbat.
Akibatnya, ia boleh menyebabkan serangan penyakit jantung. Penyakit jantung ni, kalau dah kronik, memang boleh membawa maut.
Cara Kawal Bacaan Kolestrol Dengan Omega & Phytocol ST
Omega dapat bantu memecahkan lemak dan kolestrol yang terpendam di dalam salur darah. Manakala Phytocol ST pula menghalang kolestrol daripada masuk ke dalam salur darah.
Gabungan kerjasama yang mantap di antara Omega Guard dan Phytocol ST dapat membantu mengurangkan sekaligus mengawal bacaan kolestrol di dalam darah.
Jadi, dapat disimpulkan bahawa masalah kolestrol ni adalah gabungan stress kehidupan, pemakan, cara hidup dan sebagainya.
Kehidupan yang sihat adalah dengan menguruskan stress supaya kehidupan seimbang.
Semoga sihat dan bebas daripada kawalan kolestrol jahat 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Shaklee ID: 1001144