7 Tips Mengelakkan Dehidrasi Pada Bulan Puasa Agar Kekal Cergas
Pening kepala, rasa letih dan rasa haus yang melampau merupakan antara petanda biasa yang sering berlaku apabila tubuh kita telah terhidrasi atau mengalami kekurangan air. Pada bulan puasa, tubuh kita lagi …
Pening kepala, rasa letih dan rasa haus yang melampau merupakan antara petanda biasa yang sering berlaku apabila tubuh kita telah terhidrasi atau mengalami kekurangan air. Pada bulan puasa, tubuh kita lagi mudah mengalami dehidrasi kerana kita tidak akan mengambil sebarang makanan dan minuman pada waktu siang.
Sekiranya kita tidak mengawasi pengambilan air pada waktu malam selepas berbuka sehingga ke waktu sahur, ianya akan memberi kesan yang tidak elok untuk tubuh kita sebagaimana masalah kesihatan yang disebutkan tadi.
Opps, hampir terlupa pula. Air kosong ni kan kunci untuk orang yang nak jaga badan. Jaga air kosong, agar badan sentiasa fit dan maintain 😀 Jangan pandang ringan Kepentingan Air tau!
7 Tips Kekal Terhidrat Pada Bulan Ramadan
1) Mengambil 8 Gelas Air Selepas Berbuka
Di antara waktu berbuka hingga ke waktu sahur, cuba untuk bahagikan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Di antara waktu cadangan ialah:-
- 1 gelas selepas bangun sahur
- 1 gelas selepas bersahur
- 1 gelas selepas azan Maghrib
- 1 gelas selepas solat Maghrib
- 1 gelas selepas makan
- 1 gelas solat Isyak
- 1 gelas selepas solat Terawikh
- 1 gelas sebelum tidur
- Dah cukup 8 gelas
Kalau nak lagi bagus, boleh tambah Minuman Isotonik Semulajadi sebagai pembekal tenaga segera dan berpanjangan.
2) Galakkan Anak-anak Minum Air Kosong
Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak kita untuk minum air kosong. Sekiranya sukar, boleh berikan mereka jus buah-buahan atau pop ais berperisa (sebaik-baiknya jus buah-buahan yang disejuk bekukan seperti ais krim pop)
3) Jangan Mengambil Pil Bergaram
Ramai di antara kita yang mengambil garam berlebihan dalam diet mereka. Jika bimang kehilangan mineral tubuh melalui peluh, boleh pilih minuman sukan. Sangat disyorkan mengambil minuman isotonik rendah atau bebas karbonat.
4) Berhenti Kerja Berat Sekiranya Tidak Mampu
Segeralah berhenti melakukan kerja berat atau kerja luar (outdoor work) sekiranya berasa pening, hendak pitam atau terlalu letih.
5) Pakaian Nipis
Memakai sehelai pakaian yang ringan, berwarna terang sekiranya bekerja di luar rumah. Tukar segera kepada pakaian kering sekiranya ia dibasahi peluh. Elak sama sekali memakai pakaian daripada getah (tiada pengudaraan).
6) Mengambil Buah-buahan
Tembikai mengandungi 90% air. Jadi sangat disyorkan mengambil buah tembikai sewaktu berbuka. Oren, limau gedang (grapefruit) dan tembikai lain seperti tembikai susu turut mempunyai kandungan air yang tinggi.
7) Mengambil Sayur-sayuran
Walaupun kandungan air dalam sayur-sayuran tidak setinggi buah-buahan, namun ia turut menjadi sumber air yang kaya dengan nutrien. Amalkan mengambil saderi, timun, tomato, cili hijau dan salad. Boleh juga dijadikan jus campuran bersama buah-buahan.
Kandungan serat yang tinggi juga sangat bagus untuk kesihatan, apatah lagi sewaktu berpuasa.
Yang penting, perhatikan apa yang kita makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur. Jangan makan tak ingat dunia. Lepas tu satu hari kelaparan…hehe. Bersederhana itu adalah terbaik. Semoga tips mengelakkan terhidrasi pada bulan puasa ni dapat membantu semua untuk lebih cergas dan sihat pada bulan yang penuh berkat dan rahmat ini 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya