Nak kuruskan badan ni selalunya agak payah dan memakan masa, tapi kalau nak biar badan naik bagai dipam-pam, memamg tak perlu nak tips bagai. Walaupun macam-macam produk dan kaedah untuk kurus di pasaran, namun jangan kita tak tahu, masih terdapat cara mudah untuk dapatkan badan yang slim.
1) Minum Air Kosong
Amalan meminum air kosong ni memang sangat baik. Kalau boleh konsisten mengambil air kosong 2-3 liter sehari dalam masa sebulan, kita akan dapat melihat perubahan ketara pada badan kita.
Air kosong ni zero kalori, jadi memang tak akan menyebabkan kita gemuk.
Lagipun air kosong ni akan keluarkan toksin dalam badan. Toksin yang berkumpul tulah yang jadi punca kegemukan serta pelbagai penyakit.
Mudah dan murah kan? Lagipun air kosong ni sangat bagus untuk kesihatan kita.
Walaupun banyak Set Kurus semulajadi yang boleh dicuba, namun salah satu perkara asasnya adalah pemgambilan air kosong yang tidak boleh diabaikan sama sekali.
2) Dapatkan Tidur @ Rehat Yang Secukupnya
Kalau anda nak tahu, kalau kita tak cukup tidur, tubuh kita akan kekurangan hormon leptin. Pada masa yang sama akan lebih banyak menghasilkan hormon ghrelin.
Hormon leptin ni bertindak memberi signal “kenyang”, manakala hormon ghrelin pula mengeluarkan signal “lapar”.
Dengan kata lain, hormon leptin akan cakap kat otak kita ” saya kenyang, berhenti makan ye”, sebaliknya hormon ghrelin pula akan bagtau otak kita ” saya lapar, nak makan lagi, dan lagi dan lagi!”.
Kajian psychiatrist daripada Universiti Columbia mendapati bahawa orang yang hanya tidur 4 jam sehari lebih tinggi risiko mendapat obesiti berbanding orang yang tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
Jadi rehat biar cukup agar berat badan serta selera makan kita dapat dikawal.
3) Pemakanan Low Glycemic
Makanan terdiri daripada 2 kategori iaitu yang mengandungi indeks glisemik yang rendah (Low Glycemic) dan indeks glisemik yang tinggi (High Glycemic).
Mengambil makanan Low Glycemic akan menjadikan kita berasa kenyang dan bertenaga lebih lama. Ini kerana gula dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam darah. Sebab tu lebih lama bertenaga dan kenyang.
Makanan High Glycemic walaupun beri rasa kenyang, tapi hanya seketika.
Kalau kita bersarapan awal pagi, dengan makanan Low Glycemic, tengah hari tu masih kenyang, tapi kalau mengambil makanan High Glicemic, kita boleh berasa sangat lapar.
Satu lagi kebaikan makanan Low Glyemic adalah lebih berkhasiat berbanding High Glyemic. Contohnya, beras perang dan roti bijirin penuh (Low Glyemic) lebih baik daripada beras putih dan roti putih (High Glyemic).
Kalau nak tahu senarai makanan Low Glycemic, boleh rujuk ke Glycemicindex.com ni.
4) Pemakanan Yang Sihat
Nak kurus bukanlah bermakna kena ikat perut. Malah kalau kita menjalani diet yang ketat (crash diet), sia-sialah usaha kita nak jadi kurus.
Malah boleh mengundang masalah kesihatan. Selain itu, kita berkemungkinan menjadi semakin gemuk akibat kesan yo-yo diet ekoran diet yang melampau tadi.
Nikmatilah makanan yang berkhasiat seperti biasa. Selain daripada itu, kita tahu keperluan makanan yang diambil untuk menjayakan misi kuruskan badan kita.
Sebagai contoh, dapatkan sumber protein daripada ikan, ayam dan sumber tenusu.
Kalau masak sup ayam atau ikan, tambah sayuran seperti lobak merah dan saleri kerana sayuran tinggi serat. Serat bantu proses perkumuhan. Perkumuhan yang lancar turut memastikan badan kita sentiasa fit dan selesa.
Selain daripada itu, boleh tambah kepedasan sup tersebut kerana makanan yang pedas boleh bantu meningkatkan lagi kadar metabolisma badan.
Kenapa Protein Penting Untuk Kurus
Protein ni adalalah asas pembinaan sel badan kita. Tubuh kita ni memang secara semulajadinya akan membakar lemak dan kalori melalui proses metabolisma.
Badan yang lebih banyak otot mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding badan yang mempunyai lebih lemak.
Lemak yang dibakar oleh tubuh ni bukanlah lemak daripada makanan yang baru dimakan sahaja, tapi termasuklah lemak-lemak yang dah berkurun bertapa kat badan kita.
Apabila badan kita penuh toksin dan pencemaran akibat pemakanan dan persekitaran yang tidak sihat, otot-otot pembakar lemak akan menjadi semakin lemah. Bila lemah, nak bekerja pun dah tak efisyen.
Di sinilah protein akan memainkan peranan. Protein akan kuatkan kembali otot-otot yang dah pancit tadi di samping membina otot-otot yang lebih sihat.
Lebih otot bermakna lebih tinggi metabolisma, lebih tinggi kalori dibakar. Maka badan akan nampak lebih kurus dan fit.
Kan mudah tu kalau ikut cara kat atas untuk kurus, ye tak? 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144