Snek Sihat Selepas Senaman
Senaman merupakan perkara wajib yang perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin menurunkan berat badan di samping menjaga pemakanan yang sihat. Salah faham yang sering berlaku ialah, ada yang merasakan tindakan mereka hanya …
Senaman merupakan perkara wajib yang perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin menurunkan berat badan di samping menjaga pemakanan yang sihat. Salah faham yang sering berlaku ialah, ada yang merasakan tindakan mereka hanya mengambil air kosong sebelum, semasa dan selepas senaman adalah yang terbaik.
Sebenarnya tanggapan tersebut adalah silap! Air kosong memang perlu, namun gabungan protein dan karbohidrat diperlukan terutamanya selepas anda melakukan senaman.
Tidak kira sama ada anda ingin bersenam pada waktu pagi atau petang, anda perlu mengambil sedikit makanan. Snek sebelum melakukan senaman akan bantu membekalkan tenaga serta membolehkan anda melakukan senaman dengan lebih lama serta berat lagi.
Namun, tahukah anda bahawa mengambil snek selepas bersenam adalah perkara yang lebih penting? Ia diperlukan untuk merawat kecederaan tisu otot dan juga menggantikan simpanan glikogen (glycogen) yang selalunya hilang sewaktu senaman yang agak berat, menurut, Kristin Reisinger, MS, RD, Penasihat Nutrisi Sukan & Atlit New Jersey.
Snek Bagus Selepas Senaman
1) Minuman Protein Bersama Pisang (Susu Segar, Susu Coklat dan sebagainya)
2) Yogurt & Buah Beri Segar
3) Tuna & Roti Bijirin Penuh
4) Humus & Roti Pita
5) Mentega Kacang & Pisang Bersama Biskut Beras
6) Ayam & Keju Bersama Epal
Minuman Protein Shaklee Selepas Senaman
Protein pilihan terbaik daripada Shaklee untuk anda selepas melakukan senaman adalah ESP dan Cinch Shake. ESP merupakan protein soya tulen dan non-GMO manakala Cinch Shake pula adalah minuman protein yang tinggi serat.
Kedua-dua sumber protein ini akan membantu anda terus kekal bertenaga selepas melakukan senaman.
Untuk sebarang persoalan atau order, boleh terus berhubung dengan saya.
Terima kasih 🙂