Tahukah anda bahawa matahari boleh membantu badan kita menghasilkan Vitamin D secara semulajadi, sekaligus mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh? Wah, bunyinya sangat menarik bukan? Fungsi Matahari Menghasilkan …
Tahukah anda bahawa matahari boleh membantu badan kita menghasilkan Vitamin D secara semulajadi, sekaligus mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh? Wah, bunyinya sangat menarik bukan?
Fungsi Matahari Menghasilkan Vitamin D
Sebenarnya, apabila cahaya ultra ungu daripada sinar matahari mengenai kulit kita, ia akan menukarkan kolestrol di dalam kulit kepada Vitamin D.
Namun, jangan pula anda pergi berjemur di bawah cahaya matahari terutama pada waktu panas terik. Radiasi daripada sinar ultra violet boleh merosakkan molekul-molekul kulit, terutamanya DNA. Akibat daripada itu, akan berlakulah sunburn. Habis pula kulit yang cantik, terbakar.
Fungsi & Peranan Vitamin D
1) Meningkatkan tahap kalsium serum dengan memudahkan penyerapan kalsium dan menggerakkan kalsium dari tulang. Sebab itulah Ostematrix (Vitamin Kalsium) didatangkan sekali dengan Vitamin D.
2) Menyerap kalsium dan fosforus daripada diet
3) Bantu mineral diserap pada kadar yang mencukupi.
4) Membantu menyokong pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang sihat kerana proses ini memerlukan kalsium dan fosforus yang cukup. Vitamin D pula menyokong proses yang dilakukan oleh Kalsium dan Fosforus tadi.
Sumber Makanan Kaya Vitamin D
1) Susu yang diperkaya
2) Marjerin
3) Telur
4) Hati
5) Ikan
6) Minyak Ikan (Omega Guard)
Sumber Vitamin D Supplement Shaklee
Vitamin D boleh didapati daripada multivitamin iaitu VitaLea(kapsul) @ Meal Shake (serbuk), Ostematrix (sumber Kalsium) atau Omega Guard (minyak ikan) untuk bekalan kepada tubuh kita.
Kalau diberi pilihan, semua orang pasti memilih sihat sepanjang hayat. Kalau boleh, sakit sikit-sikit pun tidak mahu, kan kan? Penyakit Akibat Pemakanan & Cara Hidup Memang tidak dinafikan, …
Kalau diberi pilihan, semua orang pasti memilih sihat sepanjang hayat. Kalau boleh, sakit sikit-sikit pun tidak mahu, kan kan?
Penyakit Akibat Pemakanan & Cara Hidup
Memang tidak dinafikan, banyak penyakit yang muncul pada masa sekarang adalah akibat daripada tabiat pemakanan atau cara hidup yang kurang sihat. Kita makan ikut suka hati kita, suka makanan segera serta yang siap diproses. Aktiviti fizikal pula tidak gemar untuk dilakukan.
Jadi macam mana nak sihat? Semua perkara di atas boleh jadi sebagai kad undangan menjemput pelbagai penyakit berbahaya.
Mengapa Perlukan Vitamin?
Kekurangan vitamin yang diperlukan oleh tubuh ni, biasanya kita tak tahu. Walaupun kita rasa bahawa makanan seimbang telah diambil, namun ia tidak dapat menjamin yang semua nutrisi penting telah diserap oleh tubuh kita.
Disebabkan ada sesetengah daripada vitamin dan mineral tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu mengambilnya melalui makanan atau suplemen. Pastikan anda memilih supplement atau vitamin yang semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam.
Ini jauh lebih baik daripada mengambil buah atau sayur-sayuran segar tetapi mengandungi pestisid, racun atau bahan kimia berbahaya yang lain.
Tips Mendapat Kesihatan Badan Secara Menyeluruh
1) Dapatkan mata yang sihat melalui Vitamin A dan carotenes (Carotomax).
2) Kuatkan daya ingatan dan kurangkan kolestrol dengan Vitamin B (B Complex, Omega, Lecithin)
3) Awet muda (juga jika demam biasa) dengan Vitamin C (SR Vita C, Vivix, Collagen)
4) Lawan kanser dengan Vitamin D (Ostematrix, VitaLea, Meal Shake, Vivix)
5) Kuatkan tulang dengan kalsium (Ostematrix)
6) Tingkatkan sistem pertahanan tubuh dengan Zinc (Zinc Complex, Nutriferon, Vitamin C, Garlic)
7) Bersihkan sistem tubuh dengan fiber, elak sembelit (Meal Shake, Alfafa, HerbLax)
8) Dapatkan sumber makanan terbaik untuk semua nutrien yang anda perlukan (Set Asas Kesihatan ialah VitaLea/Meal Shake, SR Vita C & B Complex)
Kitalah penentu kesihatan diri sendiri dan orang tersayang. Sesungguhnya, sihat dan sakit adalah ketentuan Allah, namun, jalan berikhtiar untuk sihat, kita yang perlu cari.
Minggu lepas kami sekeluarga telah bercuti di Kuala Kangsar. Sebenarnya percutian ni adalah pencutian yang tidak dirancang, berlaku on the spot gitu. Kisahnya, Sabtu lepas, sebaik sahaja menunaikan solat Zohor, …
Minggu lepas kami sekeluarga telah bercuti di Kuala Kangsar. Sebenarnya percutian ni adalah pencutian yang tidak dirancang, berlaku on the spot gitu.
Kisahnya, Sabtu lepas, sebaik sahaja menunaikan solat Zohor, suami saya ajak jalan-jalan ke sebelah utara. Saya terus cadangkan untuk ziarah keluarga Kak Puteri dan En. Mee. Plan asalnya nak pergi beli barang basah kat pasar borong Selayang, tapi telah bertukar kepada percutian plak 🙂
Sebenarnya kami memang dah lama berniat nak ziarah Kak Puteri dan En. Mee sebelum ini, namun masa jer yang tak mengizinkan untuk bercuti. Kebetulan lepas raya haritu, 3 hujung minggu berturut-turut kami berulang-alik ke kampung sebab ayah mertua saya kurang sihat. Sekarang ni dah Alhamdulillah.
Tak sangka pula bila kita tak merancang, menjadi lah pulak…hehehe. En. Mee ni adalah orang pertama yang saya jumpa sewaktu kami touch down di Lapangan Terbang Dulles, Amerika Syarikat pada 29 Mei 2008 dulu. Beliau merupakan rakan sekerja suami saya di Kedutaan Malaysia di sana.
Lepas en. Mee jemput kami, beliau bawa kami ke rumah beliau di Virginia. Di sana, kami dijamu dengan nasi lemak oleh Kak Puteri, Alhamdulillah, terubat rindu masakan tanah air sekejap. Sekarang ni mereka tinggal di Taman Sri Chandan, Kuala Kangsar. Berdekatan sangat dengan Istana Iskandariah dan Masjid Ubuddiah.
Kitaorang sampai sana dalam pukul 8 malam lebih. Masuk jer rumah mereka, wahhhh, cantiknya. Rumah pusaka yang telah diubahsuai ala-ala Inggeris gitu. Tak puas saya layan setiap sudut rumah mereka ni. Walaupun rumah mereka sederhana besar, tapi susun aturnya sangat menarik.
Tempat Menarik Di Bandar DiRaja, Kuala Kangsar, Perak
Keesokannya sementara menunggu tamu en. Mee dan kak Puteri datang, kami dibawa melawat sekitar Kuala Kangsar serta beberapa tempat menarik seperti Masjid Ubuddiah, Makam DiRaja, Istana Iskandariah, istana lama yang dah jadi Muzium Diraja Perak dan Sungai Perak (Kangsar).
Menambah Kenalan, Meraptkan Ukhwah
Lepas tu kembali ke rumah mereka dan menunggu ketibaan tetamu yang berasal dari Terengganu. Geng satu negeri ambe :). Tetamu mereka ialah Tuan Haji Mohd Dan dan Kak Ros (alamak, saya lupa nama penuh) serta rakan mereka Tuan Bahrain dan Kak Ani (hehehe…lupa nama penuh gak).
Yang tak sangka tu Tuan Haji dan Kak Ani, ni dah berpangkat Dato Datin tapi orangnya so humble dan cool. Marah kita panggil pangkat-pangkat ni. Tulah kan, orang kaya bertambah tawaduknya, jangan pula kita yang kurang kaya, meninggi sombongnya ye.
Pengalaman Menarik Di Kebun
Lepas tu, kitaorang semua pergi ke kebun en. Mee. Kat sana diaorang buat bangsal ala-ala rumah. Siap ada tandas, TV, dapur dan barangan elektrik serta kelengkapan rumah yang lain. Macam rumah betul gitu, cuma masih dalam fasa penyambungan.
Kat kebun tu ada macam-macam pokok buah-buahan tapi bukan musim dia lagi. En. Mee bagitau, nanti dah musim durian beliau nak panggil kitaorang. Durian yang ada ni nama dia Durian Udang, lagi best dan tinggi gred dia berbanding Musang King. Wahhhh, bestnya, akan kutunggu saat itu!!!
Lepas tu kami dijamu dengan cempedak kebun goreng serta laksa kuala. Best!!! En. Mee nak beli cendol yang sedap kat situ tapi kebetulan hari Ahad kot, kedai cendol tu tutup. Takpelah, takde rezeki lagi makan cendol. Kalau nak tahu, laksa kuala dan cendol ni adalah signature kat sini.
Dah petang tu, kitaorang balik rumah en. Mee dan Kak Puteri. Lepas Isyak, kitaorang bertolak balik ke Putrajaya dengan perasaan yang happy sangat. Mungkin sebab niat nak menziarah, Allah besarkan lagi ukhwah kami kenal dengan orang-orang baru serta dapat pergi ke tempat-tempat yang menarik walaupun dalam waktu yang agak singkat.
Seronok tau Kuala Kangsar. Saya suka suasana dia sebab tenang dan tak sibuk macam KL. Oppss, orang kat KL jangan marah 😛 Maksud saya, Kuala Kangsar ni adalah salah satu tempat yang best untuk dilawati serta kalau nak tenangkan fikiran. Jom ler ke Kuale!
En. Mee dan Kak Puteri, terima kasih di atas hospitality. Seronok kami dapat berjumpa dan bercuti di sana. Semoga Allah sentiasa menggandakan rezeki serta rahmat-Nya buat akak sekeluarga.
Ingin mencuba produk Shaklee atau mendaftar ahli Shaklee?
Teh merupakan sejenis minuman yang dikenali sebagai minuman kesihatan berbanding minuman jenis lain. Teh mempunyai pelbagai jenis dan warna serta fungsi-fungsi tertentu untuk kesihatan. Salah satu campuran teh terbaik boleh didapati …
Teh merupakan sejenis minuman yang dikenali sebagai minuman kesihatan berbanding minuman jenis lain. Teh mempunyai pelbagai jenis dan warna serta fungsi-fungsi tertentu untuk kesihatan. Salah satu campuran teh terbaik boleh didapati di dalam Cinch Energy Tea Mix.
Keistimewaan Cinch Energy Tea Mix
Teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung jepun) dituai dan dicampurkan dengan teliti bagi menghasilkan minuman yang luar biasa. Ia memberi anda tenaga tambahan semulajadi dan rasa nyaman.
Selamat, penggalak tenaga semulajadi. Enak dinikmati ketika panas atau sejuk
Ditambah dengan Taurina yang dikaji secara meluas dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
Pilihan terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh
Bungkusan kecil yang mudah dibawa
Eksklusif T-Lift® – campuran teh hijau, putih dan merah
Tanpa gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dan pemanis
Testimoni Cinch Energy Tea Mix Bantu Turunkan Berat Badan
Saya sendiri pun, kalau rasa nak stay up malam-malam, memang saya ambil Cinch Tea ni. Dah beberapa kali try dan memang menjadi. Siang esoknya, walaupun masih tak tidur, Alhamdulillah, masih segar-bugar. Suka! Jadi kalau anda nak tidur lena malam tu, sila ambil Cinch Tea waktu siang jer tau.
Cara Order Cinch Tea
Cinch Energy Tea Mix ni mengandungi 28 sachet sekotak dan berharga RM 131.
Lemak dan kolestrol ni merupakan antara faktor terbesar kita mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti. Ditambah pula, tabiat pemakanan rakyat Malaysia memang menjurus kepada makanan yang berlemak serta berkolestrol tinggi. …
Lemak dan kolestrol ni merupakan antara faktor terbesar kita mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti. Ditambah pula, tabiat pemakanan rakyat Malaysia memang menjurus kepada makanan yang berlemak serta berkolestrol tinggi.
Bagaimana Lemak & Kolestrol Masuk Ke Dalam Tubuh
Sebagai contoh, kita bukan sahaja bersarapan pagi dengan nasi lemak, malah nasi lemak ni sering diambil sepanjang hari tidak kira siang atau malam. Makanan yang menjadi salah satu signature rakyat Malaysia ni memang tinggi kandungan lemak dan kolestrol.
Bila kita makan makanan seperti nasi lemak tadi, makanan ini akan melalui usus. Apabila melalui usus, semua bahan yang ada di dalam nasi lemak tadi akan diserap ke dalam salur darah termasuklah vitamin, mineral, lemak dan kolestrol.
Namun, jika terlalu banyak lemak dan kolestrol yang diserap, maka vitamin dan mineral tidak boleh lagi diserap oleh salur darah kita. Jadi ianya terbuang begitu sahaja.
Dalam salur darah yang dah sedia ada lemak dan kolestrol yang telah 10-20 tahun dulu melekat kat situ akan bertambah lagilah kandungan lemak dan kolestrol baru.
Kesan Jangka Panjang Lambakan Lemak & Kolestrol
Kesan mendapan kolestrol dan lemak ni, bukan terus nampak sekarang. Maknanya, kalau makan burger, pisang goreng, ayam goreng dan sebagainya harini, bukanlah esok dah sakit-sakit. Tapi, bila dah berusia nanti, muncullah perlbagai penyakit kronik. Salah satunya orang panggil penyakit 3 serangkai.
Kalau anda nak buang lemak-lemak lama yang dah berkurun bertapa pada salur darah anda, boleh amalkan Omega Guard. Pastikan mengambilnya secara konsisten untuk mendapat kesan yang lebih cepat dan baik untuk kesihatan anda.
Sebenarnya, kita boleh mencegah kolestrol yang masuk ke dalam tubuh dengan mengambil 2 biji Phytocol ST sebelum makan.
Phytocol mengandungi fitosterol yang akan bertindak menghalang kolestrol daripada masuk ke dalam salur darah sekaligus mengangkut keluar kolestrol daripada tubuh kita.
Pengambilan Phytocol ni pun meringankan beban kerja Omega yang memecahkan lemak-lemak lama dalam tubuh kita. Kalau tak, kerja menyental lemak daripada salur darah kita semakin bertambah pada Omega kerana lemak dan kolestrol baru berterusan masuk ke dalam salur darah.
Phytocol ni bukan sahaja dapat menghalang kolestrol dan lemak masuk ke dalam salur darah, malah mampu bantu mengawal bacaan bacaan kolestrol serta baik untuk melawas.
Walaupun senaman sangat bagus untuk bantu membakar lemak dalam badan, namun diet yang seimbang perlu juga dititikberatkan.
Set Buang Lemak & Kolestrol Shaklee Yang Bantu Kuruskan Badan
Harga bagi Set Buang Lemak & Kolestrol ni adalah RM 343 termasuk kos pos. Pencegahan hari muda untuk kemaslahan hari tua 🙂
Cara Order Set Buang Lemak & Kolestrol
Anda boleh order sendiri Set Buang Lemak & Kolestrol atau boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee untuk penjimatan yang lebih hebat.
Boleh juga hubungi saya untuk mencuba set ini atau menjadi ahli 🙂
Pernahkah anda dapati vitamin atau suplemen yang anda makan mengeluarkan bau setelah tempoh tertentu? Anda mungkin risau sama ada vitamin tersebut masih boleh dimakan atau telah tercemar bukan? Bagaimanakah mengendalikan vitamin …
Pernahkah anda dapati vitamin atau suplemen yang anda makan mengeluarkan bau setelah tempoh tertentu? Anda mungkin risau sama ada vitamin tersebut masih boleh dimakan atau telah tercemar bukan? Bagaimanakah mengendalikan vitamin yang telah berbau ini?
Pil Apakah Mudah Berbau?
Biasanya, pil vitamin B Complex paling senang nak mengeluarkan bau yang kurang enak. Jangan bimbang! Ianya tidak semestinya pil tersebut telah rosak, berkemungkinan besar ia telah terdedah kepada haba dan lembapan.
Tips Mengelakkan Pil Vitamin Berbau
Tutup penutupnya rapat-rapat.
Simpan di tempat yang gelap, sejuk dan jauh daripada cahaya matahari, contohnya di dalam almari
Tips Mengendalikan Pil Vitamin Yang Telah Berbau
Nyahbau dengan menggunakan butiran beras
Letakkan ke dalam peti sejuk
Teruskan pengambilan kerana ianya tida berbahaya
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi saya.
Ingin order suplemen Shaklee @ daftar ahli Shaklee?
Detoksifikasi memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mewujudkan kesihatan yang baik. Detoksifikasi adalah satu proses semulajadi automatik yang berlaku di dalam badan, 24 jam sehari. Anda boleh …
Detoksifikasi memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mewujudkan kesihatan yang baik. Detoksifikasi adalah satu proses semulajadi automatik yang berlaku di dalam badan, 24 jam sehari.
Anda boleh menyokong keupayaan badan untuk menyahtoksik melalui pilihan gaya hidup positif, seperti pemakanan yang bernutrisi, menghadkan pendedahan toksik, senaman dan mengurangkan tekanan (Dr. Leo Galland M.D dan Jonathan Galland).
Detoksifikasi bukanlah bermakna tidak makan, berpuasa (kecuali bulan Ramadhan), melakukan sebarang prosedur penyingkiran dan sebagainya. Menahan lapar atau berpuasa untuk tujuan diet boleh menjadi berbahaya dan melemahkan keupayaan badan untuk menyahtoksik secara semulajadi kerana badan tidak cukup nutrisi.
Detoksifikasi juga melibatkan proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus dibersihkan, barulah segala nutrient dapat diserap dengan sempurna ke dalam tubuh.
Jadi, kalau usus tak dibersihkan terlebih dahulu, sia-sialah anda telan berjenis-jenis supplement bagai kerana nutrien tidak dapat diserap dengan optimum dan terbuang begitu sahaja. Maka, rugilah usaha anda selama ini kan? Duit pun habis terbuang begitu sahaja.
Apakah Perkara Utama Detoksifikasi?
Apa yang paling penting untuk detoksifikasi ialah membantu badan anda untuk memproses/menyahtoksin dengan memberikan lebih nutrisi.
Kenapa Perlu Bantu Badan Anda Untuk Detoksifikasi?
Kerana toksin boleh menghalang proses kehilangan berat badan anda.
Bagaimana Toksin Menghalang Anda Hilang Berat Badan?
Toksin menyebabkan keradangan, yang membawa kepada masalah rintangan leptin (leptin resistance). Apabila rintangan leptin berlaku di dalam badan, berat badan berlebihan akan dikekalkan. Secara tidak langsung, metabolisma badan akan menurun dan keupayaan membakar kalori juga berkurangan.
Apakah Organ Detoksifikasi?
Hati merupakan organ utama untuk detoksifikasi. Untuk hati berfungsi dengan baik dalam tugas menyahtoksin, ia memerlukan pemakanan yang mengandungi nutrisi penting iaitu protein yang mencukupi, sayur-sayuran, buah-buahan dan herba.
Memandangkan detoks ni adalah kunci paling asas untuk kurus, sebab itulah Shaklee turut menawarkan supplement menyahtoksin untuk anda. Terdapat beberapa produk yang disyorkan untuk detoksifikasi iaitu:-
Alfafa
Alfafa adalah supplement untuk detoks tubuh.
Herblax
Herblax pula merupakan supplement untuk detok usus, sangat disarankan sekiranya anda mengalami masalah perut buncit. Namun, pengambilannya hanya disyorkan pada hujung minggu sahaja kerana ianya akak membantu anda membersihkan usus dengan lebih power lagi.
Walaupun Herblax merupakan supplement detox usus, namun ianya tidak berfungsi seperti julab yang menyebabkan anda terkococh-kocoh ke tandas sejurus selepas mengambilnya. Herb-lax memberi tindakbalas yang lembut terhadap usus anda.
DTX Complex
Sekiranya anda mempunyai kandungan toksin yang sangat tinggi di dalam hati, anda amat disarankan mengambil DTX Complex kerana tugas utamanya adalah menyahtoksin di dalam hati.
Untuk proses detoksifikasi, anda boleh memilih sama ada Alfafa atau Herblax atau kedua-duanya sekali. Untuk kesan yang lebih hebat, anda dicadangkan untuk combo kan supplement detox ini dengan supplement pembakar lemak sama ada Omega atau Lecithin, dan juga sepplement pembina otot sama ada Cinch Shake atau ESP sebagai mana yang diterangkan di dalam Proses Kurus 3B.
Nasi lemak ni memang evergreen punya makanan. Pergi mana-mana pun mesti tak boleh tinggal. Kalau lama tak makan, mesti nak pekena jugak. Boleh kalah mengidam orang tengah mengandung…hehehe …
Nasi lemak ni memang evergreen punya makanan. Pergi mana-mana pun mesti tak boleh tinggal. Kalau lama tak makan, mesti nak pekena jugak. Boleh kalah mengidam orang tengah mengandung…hehehe
Kalau diikutkan pelbagai resipi nasi lemak yang boleh diambil kat internet ni. Kalini saya nak berkongsi resipi nasi lemak yang simple jer tapi pada tekak saya ni, okelah, sehari suntuk pun boleh layan 😛
Resipi Nasi Lemak Simple & Sedap
Bahan-bahan Nasi Lemak
3 pot beras (saya guna beras basmathi)
4 pot campuran santan dan air tapis
1/2 inci halia yang dihiris
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Bahan-bahan Sambal Nasi Lemak
Minyak untuk menumis
Cili kering kisar/cili boh
Bawang besar merah/bawang kecil merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Bilis
Gula melaka
Garam jika perlu
Bahan-bahan Lain
Hirisan timun
Telur rebus/telur goreng mata
Cara-cara Buat Nasi Lemak Simple & Enak
Basuh beras seperti biasa
Sukat air bersama santan, lebihkan campuran air dan santan jika menggunakan beras jenis keras seperti basmathi.
Masukkan hirisan halia
Masukkan daun pandan yang dicarik-carik seterusnya disimpulkan
Masukkan garam
Gaul perlahan setelah masak
Cara Sediakan Sambal Nasi Lemak
Panaskan minyak
Tumis bawang dan cili kisar sehingga garing
Masukkan sedikit air
Masukkan bilis
Masukkan gula melaka
Jangan letak garam dahulu, sekiranya perlu, baru tambah garam
Tips Sambal Nasi Lemak Yang Sedap
Jika anda ingin menggoreng asing bilis, masa kisar cili atau bawang, boleh masukkan sedikit bilis untuk beri rasa yang lebih enak pada sambal.
Biarkan sambal kering dengan api yang kecil, lagi lama, lagi best. Boleh tambah sedikit air jika sambal terlalu kering
Tambah bahan-bahan lain seperti timun dan telur rebus/goreng. Kalau suka, boleh tambah kacang tanah goreng, ayam berempah dan macam-macam lagi.
Selamat mencuba!
Ingin order produk Shaklee atau mendaftar ahli Shaklee?
Kebanyakan program atau produk kuruskan badan memerlukan anda mengurangkan makan atau berpuasa bagi membolehkan anda mencapai berat badan ideal dengan cepat. Keadaan ini akan menyebabkan anda kehilangan otot atau lemak, …
Kebanyakan program atau produk kuruskan badan memerlukan anda mengurangkan makan atau berpuasa bagi membolehkan anda mencapai berat badan ideal dengan cepat.
Keadaan ini akan menyebabkan anda kehilangan otot atau lemak, atau kedua-duanya sekaligus. Pengurangan otot akan menyebabkan metabolisma anda menurun. Justeru itu, keupayaan badan membakar kalori turut terjejas.
Sebab itulah apabila anda berhenti dari berdiet, tubuh anda tidak mampu lagi membakar kalori dan lemak sebagaimana sebelum anda berdiet. Dari sinilah berlakunya yo-yo diet, iaitu peningkatan berat badan berlaku secara mendadak dan lebih tinggi lagi berbanding sebelum anda berdiet.
Kesan yo-yo diet juga berlaku apabila berat badan mudah naik dan mudah turun sepanjang masa. Badan golongan ini juga kelihatan gempal kerana lambakan lemak berbanding kelihatan firm dan fit bagi mereka yang lebih banyak otot walaupun mempunyai berat badan yang sama.
Cara Kuruskan Badan Dengan Berkesan
Bagi memastikan otot badan anda menjadi kuat dan pada masa yang sama anda kehilangan lemak yang tidak perlu, anda perlu memastikan leucine patut diambil di dalam diet harian anda.
Leucine merupakan protein penting yang membina otot badan anda. Otot inilah nanti akan meningkatkan metabolisma tubuh anda untuk proses pembakaran kalori dan lemak.
Leucine tidak dihasilkan oleh tubuh. Namun ianya boleh didapati melalui makanan seperti kekacang, nasi perang, roti penuh gandum (whole wheat bread) dan vitamin atau supplement.
Cinch Shake Shaklee Membantu Kuruskan Badan Anda
Cinch Shake Shaklee yang mempunyai 3 perisa lazat mengandungi leucine yang telah diuji secara klinikal. Cinch Shake ini membantu anda membakar lemak yang tidak diingini, mengekalkan otot sekaligus mengurangkan inci yang berlebihan.
Kesan Sampingan Pengambilan Cinch Shake
Di antara kesan sampingan yang anda dapat sekiranya mengamalkan Cinch Shake ni termasuklah:-
Rasa bertenaga
Rasa kenyang berpanjangan
Inch Loss – seluar dan baju longgar seawal minggu pertama (sekiranya anda combo dengan Omega, Lecithin, Alfafa dan Herblax)
Testimoni Kurus Dengan Cinch Shake & Set Inch Loss Dalam Masa Seminggu
Testimoni berikut merupakan testimoni daripada suami Puan Khadeejah Hasmad.
Harga Cinch Shake Shaklee Untuk Kuruskan Badan
Harga 1 canister Cinch Shake Shaklee sama ada perisa chocolate, cafe latte atau vanilla ialah RM 173 dan boleh bertahan sehingga sebulan. Dapatkan harga ahli yang lebih jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee.
Cara Order Cinch Shake Shaklee Untuk Kurus @ Mendaftar Ahli Shaklee
Kebanyakan masalah orang yang telah berumur seperti ibu dan bapa kita mengalami masalah sakit sendi di bahagian lutut. Masalah ini juga sering menganggu kelancaran mereka untuk melakukan ibadah utama seperti solat …
Kebanyakan masalah orang yang telah berumur seperti ibu dan bapa kita mengalami masalah sakit sendi di bahagian lutut. Masalah ini juga sering menganggu kelancaran mereka untuk melakukan ibadah utama seperti solat sehinggakan terpaksa menggunakan kerusi sebagai bantuan.
Pada entri sebelum ini, saya ada berkongsi tentangpenyakit sendi khasnya lutut. Sebab utama berlakunya penyakit sendi ini adalah kerana tulang rawan pada bahagian tersebut telah terhakis atau menjadi haus. Masalah tulang rawan ini pula berpunca daripada kerosakan kolagen.
Apabila usia telah meningkat, penghasilan kolagen dalam tubuh kita semakin menurun. Sedangkan keperluan kolagen untuk diri kita berjalan seperti biasa. Sebab tu, penderita sakit sendi sangat disarankan mengambil Shaklee Collagen Powder bagi menampung kehilangan kolagen sekaligus merawat sakit sendi mereka.
Bagaimana Shaklee Collagen Powder Membantu Pengidap Sakit Sendi?
Cara Order Shaklee Collagen Powder @ Daftar Ahli Shaklee
Shaklee Collagen Powder mengandungi 15 sachet kolagen yang mempunyai berat 5 gram setiap sachet dan berharga RM 298.