Tips Kempiskan Perut Buncit Dengan Pantas
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Adalah sesuatu yang normal bagi setiap orang mempunyai lemak di bahagian perut walaupun merupakan seorang yang kurus. Namun, lemak yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan. …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Adalah sesuatu yang normal bagi setiap orang mempunyai lemak di bahagian perut walaupun merupakan seorang yang kurus. Namun, lemak yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan.
Masalah perut buncit biasanya sinonim dengan golongan lelaki, terutamanya selepas berkahwin. Namun ianya turut melanda golongan wanita. Kalau yang lepas bersalin tu, lagi mudah terbelenggu dengan masalah perut buncit ni. Walaupun badan sudah kurus selepas berpantang, tapi bahagian perut ni agak sukar untuk dikempiskan.
Terdapat pelbagai petua dan cara yang dikongsikan untuk merawat perut buncit. Malah ada sebahagian daripadanya dianggap sebagai mitos, namun, ada sesetengahnya pula telah berjaya menghilangkan perut dengan mengamalkan tips-tips yang disarankan.
Sebelum tu mesti anda akan rasa teruja nak tahu, macam mana wanita dalam video ni boleh turun berat badan selepas bersalin sebanyak 20 KG. Wooowwieee!!! Tips yang beliau kongsikan ni pun boleh di amalkan untuk kempiskan perut. Nombor 1 tu jer hanya untuk kaum wanita…hehe
Tips Kecilkan Perut Buncit
1) Minum Air Kosong
Air kosong mempunyai banyak manfaat untuk tubuh. Walaupun perut sudah buncit, jangan bimbang untuk minum banyak air, tapi pastikan air kosong, bukan air berperisa atau bewarna. Air kosong zero kalori. Air kosong akan membantu proses perkumuhan, sekaligus membantu proses penyingkiran toksin.
Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Jangan risau jadi gemuk air pula. Air sebenarnya yang membantu mencairkan sodium (garam) dalam tubuh sekaligus meningkatkan lagi penyingkiran cecair daripada badan. Gemuk air ni kes lain pula sebenarnya.
2) Tidur Selepas Makan
Tidur sejurus sahaja selepas makan boleh mengakibatkan kebuncitan melampau! Sia-sialah usaha untuk menghilangkan perut buncit kalau anda masih kekal dengan tabiat suka tidur selepas makan.
Sebaik-baiknya tidur 3-4 jam selepas makan.
3) Kurangkan Makanan Bergoreng & Berlemak Serta Makanan Segera
Sebaik-baiknya elakkan makanan bergoreng dan berlemak kerana akan menambahkan lagi jumlah lemak yang sedia ada di dalam tubuh terutamanya bahagian perut yang buncit.
Makanan segera dan juga makanan yang diproses wajar dielakkan juga kerana makanan jenis ini mempunyai kandungan garam, gula serta pengawet yang tinggi.
Sebaik-baiknya anda mengambil makanan yang disediakan secara kukus, rebus atau panggang.
4) Jangan Mandi Sesudah Makan
Sebaik-baiknya anda rehatkan perut selama 30 minit terlebih dahulu sebelum mandi. Amalan ini boleh mengelakkan daripada perut terus menjadi buncit.
5) Jangan Makan Sambil Minum Air
Salah satu cara untuk mengelakkan perut buncit ialah elakkan makan berulamkan air. Maksudnya, jangan makan 2-3 suap, lepas tu minum air.
Seelok-eloknya tunggu 10 minit dahulu, baru minum air. Cuba anda amalkan selama sebulan, pasti anda akan nampak buncit di bahagian perut anda akan mulai hilang.
6) Kurangkan Garam Berlebihan
Garam (sodium), walaupun sangat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk keseimbangan elektrolit, namun pegambilan secara berlebihan boleh menyebabkan berlakunya retensi air.
Retensi air yang lebih dikenali sebagai gemuk air ini berpunca akibat pengambilan sodium yang berlebihan sekaligus menjadi punca badan menyimpan terlalu banyak air. Keadaan ini juga menjadi punca bahagian perut terus membuncit.
7) Tingkatkan Pengambilan Serat
Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat tinggi dengan serat. Serat yang kaya dengan kalsium dan magnesium bantu mengawal jumlah kandungan air yang diperlukan di dalam badan.
Selain daripada itu, serat juga boleh mengelakkan anda daripada terkena sembelit. Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar daripada saiz yang sepatutnya.
Anda juga sangat digalakkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin B kerana makanan jenis ini akan membantu tubuh anda menyingkirkan air yang berlebihan.
8) Makan Dengan Tertib
Elakkan makan dengan gelojoh atau terlalu terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan dengan cepat sebelum sempat mengunyah makanan tersebut sehingga betul-betul hancur.
Situasi ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menyebabkan perut menjadi kembung dan boroi.
Justeru itu, makan dan kunyah secara perlahan-lahan dan sempurna di samping telan makanan secara tertib.
9) Senaman
Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan yang terkumpul di dalam perut keluar melaui jaringan sistem dan masuk ke dalam salur darah. Seterusnya ia akan dikeluarkan melalui peluh dan turut disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urine (air kencing).
Toksin juga dapat dikeluarkan dari tubuh secara tidak langsung.
Senaman yang disarankan adalah berjalan atau berlari (jogging) dan aerobik.
Tips Shaklee Hilangkan Perut Buncit
Bagi menghilangkan perut buncit, anda disarankan mengambil Set Kempis Perut serta optional B Complex.
Set Kempis Perut terdiri daripada Alfafa, HerbLax, Omega dan ESP.
Omega akan bertindak sebagai pembakar lemak-lemak yang agak degil serta telah lama terpendam di kawasan perut khasnya serta seluruh tubuh.
Alfafa pula bertindak sebagai agen detoks seluruh tubuh bagi menyingkirkan toksin serta lemak-lemak yang telah dibakar oleh Omega tadi.
HerbLax selain turut bertindak sebagai detoks usus, ianya sangat membantu mempercepatkan lagi proses untuk mengempiskan perut buncit.
ESP merupakan protein terbaik yang bertindak menghasilkan sel-sel badan yang sihat sekaligus akan membina otot-otot yang menggantikan ruangan lemak yang telah dibakar tadi.
B Complex pula dicadangkan kerana selain daripada membantu untuk menyingkirkan air yang berlebihan dari badan, ia turut membantu meningkatkan lagi metabolisma tubuh.
Semoga dengan mencuba produk yang sentiasa semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam daripada Shaklee ini, anda mampu mendapatkan perut kempis idaman anda. Nanti, boleh ucap selamat tinggal pada perut buncit 🙂
Anda boleh membuat order sendiri bagi Set Kempiskan Perut serta B Complex Shaklee
Jangan lupa hubungi saya untuk panduan pemakanan Shaklee yang terbaik ye.
Untuk mendapatkan penjimatan di antara 20-25%, anda boleh menghubungi saya bagi mendaftar sebagai ahli. Tidak perlu aktif, tidak perlu maintain pembelian.
Yuran keahlian hanya sekali seumur hidup!
Borang Daftar Online
Daftar Keahlian Percuma
(Contoh: Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda terus dapat harga ahli dan keahlian percuma serta bonus tunai pada bulan seterusnya)
Koleksi Video Testimoni Shaklee Effect Yang Super Best
Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144