Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar | Hari #20; Cabaran 30 Hari Entry
Perkara yang membuatkan saya tercabar apabila saya diberikan cabaran atau tugasan, tambahan pula kalau diberikan jumlah atau tempoh tertentu yang perlu disiapkan. Salah satunya ialah Cabaran 30 Hari Entry ini sendiri. …
Perkara yang membuatkan saya tercabar apabila saya diberikan cabaran atau tugasan, tambahan pula kalau diberikan jumlah atau tempoh tertentu yang perlu disiapkan. Salah satunya ialah Cabaran 30 Hari Entry ini sendiri.
Walaupun pada peringkat awal saya berasa sedikit hilang semangat, namun mengenangkan yang saya menyertai cabaran secara serius, bukan suka-suka, maka saya teruskan juga cabaran ini. Sekarang saya hampir 60% menyiapkan cabaran ini. 🙂
Saya juga rasa tercabar apabila orang mempertikaikan kebolehan dan kemampuan saya. Sebagai seorang manusia yang lemah, memang tidak kita jangkakan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Apa-apa pun, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Walaupun orang mempertikaikan kebolehan saya, namun saya akan buktikan yang saya mampu laksanakan perkara tersebut. Kalau tak cuba, macam mana nak tahu kita mampu ke tak kan?
Sebenarnya, seperti orang lain, saya turut rasa tercabar apabila ada di antara ahli keluarga yang diperlekehkan atau dilayan dengan tidak sepatutnya.
Walaupun perasaan marah dan geram tetap muncul, namun saya lebih suka menukarkannya sebagai sesuatu yang berbentuk cabaran. Cabaran untuk membuktikan kata-kata tersebut tidak benar. Saya akan gunakan kejayaan saya untuk membuatkan mereka sedar.
Pada saya, cabaran sebenarnya agak penting dalam sesebuah kehidupan kerana ianya boleh menjadi push factor agar kita terus bersemangat untuk mencapai target dan impian yang telah direncanakan.
Dengan push factor, kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Tukarkan perkara negatif kepada positif, masalah kepada cabaran. Pasti kejayaan yang menanti.
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia
Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga
Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku
Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak
Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?
Hari #8: Brunei Negara Impianku
Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan
Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya
Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya
Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan
Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya
Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live
Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui
Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini
Hari #19: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya
Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe
Terima kasih 🙂
Naimah Wahab