Brunei Negara Impianku | Hari #8; Cabaran 30 Hari Entry
Entri untuk hari ke-8 bagi Cabaran 30 Hari Entry pada kali ini ialah tentang Lokasi Pelancongan Impian Anda. Entah kenapa, setiap kali mendengar nama Brunei, hati saya terasa nak sangat pergi …
Entri untuk hari ke-8 bagi Cabaran 30 Hari Entry pada kali ini ialah tentang Lokasi Pelancongan Impian Anda. Entah kenapa, setiap kali mendengar nama Brunei, hati saya terasa nak sangat pergi ke negara ini. Saya bukan pernah search secara serius pun berkenaan Brunei ni tapi memang sejak dari bangku sekolah menengah lagi, hati seakan meronta-ronta ingin menjejaki negara tersebut.
Di antara gambar tempat-tempat menarik di Brunei yang saya pinjam dari blog mylinart ialah seperti berikut:-
Sewaktu saya mengikuti suami bertugas di US pada tahun 2008-2011, sempat juga saya berkenalan dengan warga diplomat Brunei di sana. Mereka semua memang mesra dan menyenangkan. Di sini saya kepilkan beberapa keping gambar sewaktu kami menerima jemputan lunch santai daripada Dina A. Karim dari Brunei. Memang superb ikatan ukhwah geng-geng Malaysia-Brunei ni.
Jemputan ini sebenarnya bukan yang formal. Berbesar hati betul kami dengan kawan-kawan Brunei terutamanya tuan rumah, Dina A. Karim yang menyediakan pelbagai juadah yang sedap sangat. Lepas tu, saya dan Kak Lily siap dapat souvenir lagi sebagai tanda ingatan kerana kami akan pulang ke tanah air for good.
Malah isteri kepada Duta Brunei iaitu Datin Mahani begitu merendah diri, mudah didekati dan menyenangkan sesiapa sahaja yang baru mengenali beliau. Biarlah gambar berbicara. Ni first time saya berjumpa dengan Datin Mahani sewaktu beliau menghadiri jemputan makan tengah hari di rumah salah seorang warga Malaysia. Terasa seperti sudah lama kenal beliau.
Dapat berkenalan dengan orang-orang Brunei pun dah rasa happy, ni belum pergi lagi ke sana. Ni pun saya buat entri ni terasa semangatnya dan auranya semacam jer…hehehe
Kenapalah saya terlalu taksub dengan Brunei ni? Rasanya kene check balik susur galur keturunan nampaknya, mana tahu kot-kot ada darah Brunei yang mengalir dalam badan saya ke???? hahahaha……sampai macam tu sekali.
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia
Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga
Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku
Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak
Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?
Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe
Terima kasih
Pengedar Sah Shaklee Putrajaya dan seluruh Malaysia,