Badan dah slim, tapi bila pakai baju pasang, part kain atau seluar pulak yang sendat. Baju yang sesuai bersaiz S tapi seluar atau kain, saiz L. Stress dan pening satu hari nak cari baju baju yang sesuai.
Pernah tak anda menghadapi situasi macam ni? Rasa macam geram dan bengang jer, kan? Kalau badan kita berbentuk pear memang inilah masalah yang sering terjadi. Tapi jangan risau, ada ikhtiar yang boleh dicuba. Apa kata try buat senaman peha dan punggung ni. Lepas ni tak perlu susah payah dah nak cari baju idaman.
Pakar Nutrisi serta Jurulatih Peribadi Kecergasan, Kevin Zahri berkongsi tentang 20 jenis senaman yang boleh membantu kita mengecilkan peha dan punggung dengan lebih berkesan. Beliau kini sangat popular dengan program kuruskan badan Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M).
Tapi sebelum tu kita layan video seorang ibu muda yang dah berjaya turun berat badan lepas bersalin sebanyak 20 KG! Macam tak percaya jer kan? Silalah percaya…hehe
Panduan & Amaran Sebelum Senaman Kecilkan Peha & Punggung
1) Senaman berikut termasuk senaman impak tinggi dan mungkin tidak bersesuaian untuk semua orang. Jadi, sesuaikan dengan kebolehan dan kemampuan diri kita.
2) Sekiranya berasa ragu-ragu, dapatkan panduan daripada jurulatih atau kebenaran daripada doktor terlebih dahulu.
3) Berhenti sekiranya kita berasa loya, pening, tidak boleh bernafas atau lain-lain keadaan yang boleh membahayakan diri.
4) Pastikan kita memakai kasut dan pakaian yang sesuai serta keadaan sekeliling selamat.
Di antara jenis senaman peha dan punggung tersebut termasuklah:-
1) Squats
2) Prisoner Squats
3) Step Back Lunges
4) Single Leg Raises
5) Jump Squats
6) Single Leg Bridge
7) Sumo Squats
8) Sumo Squats 2
9) Jump Lunges
10) Jumping Jacks (Lompatan Bintang)
11) Single Leg Squats
12) 3-Point Leg Lifts
13) Toe Squats
14) Single Leg Dead Lift
15) Ball Slam Squats
16) Side Lying Leg Lifts
17) Calf Raises
18) Lunges + Kick
19) Knee/Leg Raises
20) Single Leg Kickbacks
Untuk lebih jelas lagi, boleh lihat gerakan senaman dengan klik pada gambar di bawah ini:-
Justeru itu, rajin-rajinlah bersenam seperti cara senaman yang disyorkan. Boleh dilakukan di mana sahaja untuk mendapatkan peha serta punggug yang cantik, sihat dan seksi.
Selain bersenam, kita perlu juga menjaga pemakanan yang seimbang. Ini kerana diet dan penjagaan badan terbaik adalah gabungan di antara dua perkara tersebut.
Sebagai bonus tambahan, boleh ambil suplemen. Tapi AWAS!!! Suplemen bukan pengganti ubat dan bukan pengganti makanan seimbang harian kita. Suplemen hanya berfungsi untuk top up mana-mana nutrisi yang kurang di dalam tubuh kita. Cukup nutrisi, kerja-kerja nak kurus lagi efisyen.
Baca juga tentang:-
Hubungkait Metabolisma Dengan Pembakaran Kalori.
5 Cara Meningkatkan Metabolisma
Tips Kuruskan Badan Dalam Masa 7 Hari
Tips Mudah Mengurangkan Kalori Harian
Koleksi Video Testimoni Shaklee Effect Yang Super Best
Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
Ibu sihat, keluarga bahagia, ibu bijak, rumahtangga sejahtera 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Wahh ni yg gegels suka ni….boleh la try nnt huhu
shiqin sunshine recently posted…STOCK CLEARANCE: Bermula RM25 untuk Shawls, Tudung dan Telekung!
Khann??? Hihihi nanti boleh ajak kawan-kawa gegels join 🙂
suka buat sukan yang pertama itu hee..buat lima minit dah berpeluh sakan heee
Mesti rasa terlebih energetic kan? hihihi