• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Saya ni bukanlah penggemar buah nanas, tapi bila dah tahu pelbagai khasiat dan manfaat yang bakal diperolehi daripada nanas ni, terus pulak jatuh cinta. Nak-nak dengan nanas madu. Manis dan sedap sangat. Kalau yang masam tu memang tak sanggup lah nak hadap, mau nipis lidah terasa.

 

 

pineapple

 

Pelbagai Manfaat, Khasiat & Kebaikan Nanas Untuk Kesihatan

 

1) Mengandungi Tinggi Vitamin & Mineral

  • Tinggi kandungan Vitamin A dan beta-keroten – bermanfaat melindungi mata dari degenerasi makula, mencegah kanser paru-paru dan kenser rongga mulut.
  • Kaya Vitamin C, flavonoid dan antioksidan – penting untuk membina sistem kekebalan tubuh, menghapuskan radikal bebas, melawan selsema dan virus, untuk kesihatan gusi, melindungi badan daripada penyakit periodontal dan kenser mulut. Selain itu turut menyokong sintesis kolagen dan menjaga kesihatan pembuluh darah.
  • Mengandungi Vitamin B1 (thiamin) untuk menukar kaborhidrat menjadi tenaga, memperkuat otot, meningkatkan ketepatan fungsi sistem saraf.
  • Mengandungi Fosfor yang bermanfaat untuk menjadikan tulang dan gigi yang kuat

 

2) Mengandungi Enzim

Nanas mengandungi enzim khusus yang dikenali sebagai Bromelain yang memiliki sifat-sifat anti-inflamasi (anti-radang), malah memiliki khasiat yang hebat setanding ubat-ubatan seperti NSAID dan steroid, terutamanya jika Bromelain digabungkan bersama rempah-ratus seperti kunyit.

Bromelain bermanfaat untuk mengurangkan sakit sendi akibat asid urik/gout dan sebahagian besar arthritis, mengurangkan sakit tekak, merencatkan pertumbuhan tumor baharu, mengurangkan dan menghilangkan kanser, mengurangkan bengkak akibat pembedahan, dan enzim pelengkap untuk menggalakkan serta mempercepatkan proses pencernaan serta motiliti (pergerakan) usus.

 

Khasiat & Manfaat Buah Nanas Yang Lain

3) Menyelia kalendar tiroid dan mengurangi risiko beguk

4) Mengurangi pembengkakan/keradangan tekak akibat bronkitis dan asma.

5) Menurunkan tekanan darah

6) Mengeluarkan parasit daripada hati dan usus

7) Meredakan sembelit

8) Mencegah mual

9) Merendahkan kalori untuk membantu menurunkan berat badan.

10) Mengandungi pektin yang tinggi sekaligus dapat membantu menyingkirkan logam berat dan racun dalam tubuh.

11) Mengandungi agen anti pembekuan darah.

 

Sungguh banyak khasiat buah nanas ni. Lepas ni eloklah dijadikan amalan seharian atau sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Namun ibu hamil tidak digalakkan mengambil buah nanas ni kerana kandungan Bromelain di dalamnya. Menurut oran-orang tua, buah nanas tidak disyorkan kepada ibu hamil kerana boleh menyebabkan keguguran akibat rasanya yang agak tajam, terutamanya pada awal usia kandungan.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “11 Khasiat & Manfaat Nanas Yang Jarang Diketahui Orang Ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge