Kurus sering dikaitkan dengan imej wanita atau lelaki kacak, menawan dan mempunyai daya penarik. Malah golongan yang kurus lebih sering mendapat tempat dan peluang di dalam dunia kehidupan hari ini terutamanya bidang penyiaran, hiburan serta peragaan.
Walaupun setiap orang mempunyai pandangan dan kecenderungan yang berbeza sama ada suka kelihatan kurus atau gemuk, namun, kesihatan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Justeru itu, memilih obesiti adalah perkara yang patut dielakkan kerana ianya lebih membawa kesan yang tidak elok terutamanya pelbagai jenis penyakit kronik yang bakal dihidapi.
Tips Turunkan Berat Badan Secara Sihat & Semulajadi
1) Makan Dengan Teratur & Jangan Biarkan Perut Kosong
Cara ini akan bantu menjaga enzim pencernaan, melindungi dari pengeluaran asid perut yang berlebihan dan membolehkan anda memetabolisme makanan dengan cara yang paling cekap bagi menjaga tahap tenaga. Dengan pemakanan yang teratur ini juga adalah langkah untuk bantu menjaga usus anda untuk berfungsi secara berkesan.
2) Minum Air Kosong 3-4 Liter Sehari Pilihan Terbaik Untuk Kekal Kurus
Pengambilan air yang mencukupi akan membantu serat dalam makanan anda mengembang dan melakukan fungsinya dengan lebih optimum. Selain itu, ia turut membantu untuk metabolisma nutrisi lain dari makanan anda, menjaga kulit dan rambut serta mencegah badan daripada terhidrasi.
3) Mengambil 5 Hidangan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Segar Sehari Menyegarkan Tubuh
Pengambilan sayur dan buah secara kerap akan menyediakan tubuh anda dengan sumber vitamin, mineral dan serat yang mencukupi. Gabungan zat ini akan meningkatkan lagi daya imuniti tubuh anda untuk melawan penyakit.
Serat yang tinggi dalam makanan akan membantu anda terus berasa kenyang di samping menjaga tahap kestabilan tenaga anda.
4) Makan Tiga Hidangan Sehari Dengan Jumlah Kalori Yang Sesuai
Pastikan anda mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan teratur dan mengikut piramid makanan yang disarankan. Titikberatkan pengambilan karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran.
5) Pilih Snek Yang Sihat
Sekiranya anda memerlukan snek atau rasa ingin mengunyah di antara 3 waktu makan utama, pilihlah buah-buahan atau kekacang.
6) Mengambil Protein
Pilih protein daripada sumber ikan, kerangan, soya, ayam atau telur bagi memenuhi keperluan tubuh anda tanpa penambahan lemak berlebihan (daging).
7) Pilih Cara Penyediaan Makanan Yang Lebih Sihat
Merebus, mengukus dan memanggang adalah antara cara terbaik dan sihat dalam penyediaan makanan harian anda. Bonus yang lebih baik lagi adalah apabila anda sendiri yang memasak.
8) Kurangkan Lemak Penyebab Kegemukan
Memilih minyak zaitun untuk memasak adalah lebih sihat bagi mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh.
9) Kurangkan Gula
Kurangkan pengambilan gula berlebihan di dalam makanan atau minuman anda. Air bergas dan yang diproses seperti air tin dan air kotak mengandungi gula yang agak tinggi.
10) Kurangkan Garam
Garam yang berlebihan boleh menjadi salah satu punca masalah gemuk air.
11) Kurangkan Kafein
Kafein akan mengurangkankeupayaan tubuh anda untuk menyerap vitamin. Ia juga merupakan stimulant sintetik. Justeru itu, jika anda adalah penggemar kopi, hadkan pengambilannya kepada secawan sehari sahaja.
Shaklee turut membantu anda untuk mengekalkan berat badan atau menurunkannya dengan Pilihan Set Kurus yang telah disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saya 🙂
dah lama tak beli buah-buahan….
Hairul Hissam recently posted…Senarai Produk Makanan Hot Dari Felda & Testimonial Usahawan Air Soya Taufufah Yg Berjaya
e
jaga makan bukan bermakna tak boleh makan sedap-sedap, yang bakar-bakar semestinya sedap.
Denaihati recently posted…4 Cara Dapat Pendapatan RM3,000 Konsisten Setiap Bulan
Lamb grill sedap ape 🙂
btul…thanks sharing… ^_^
Cik Yaya recently posted…IT’S ONITSUKA TIGER!
Welcome, semoga bermanfaat