Sayang isteri, tinggal-tinggalkan, saya anak, tangan-tangankan. Peribahasa kekeluargaan yang sering kita dengar sebelum ni. Kalau bab anak tu, tangan-tangankan, agak-agak apa yang bermain pada fikiran kita? Mesti ingat perlu pukul atau denda anak yang bersalah kan? Adakah cara sebegini terbaik untuk mendidik anak-anak?
Jom saya sambung lagi 14 Tips Ibu Bapa Sebagai Motivator (Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah). Tips ni adalah kesinambungan daripada Bahagian 1 dan Bahagian 2.
1) Anak Kedua
Anak kedua dikatakan lebih berdikari dan biasanya agak tersisih daripada hirarki keluarga. Jadi ibu bapa perlu memberi perhatian dengan anak kedua masing-masing walaupun mungkin tak semua anak ke-2 ni sebegini.
2) Amalan Tidur
Amalkan tidur dengan cara mengiring ke sebelah kanan).
3) Bersangka Baik Pada Allah
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku” (Riwayat Ibnu Abid-Dunya)
Jadi perlulah sentiasa berfikiran positif. Sebab Allah dah bagi jaminan kan? Tunggu kita je nak percaya atau tidak. Maknanya keyakinan tu sangat penting.
4) Rangsangan Kata-kata Positif Dari Awal
Ibu bapa terutamanya para ibu perlu merangsang anak-anak dengan kata-kata positif sejak mereka di dalam kandungan lagi.
Walaupun anak kecil tidak membalas, mereka sebenarnya faham. Aura positif tu dah terakan dan terbina dalam minda dan jiwa anak-anak sejak kecil.
5) Rangsangan Berterusan
Merangsang anak-anak bermula daripada bayi lagi sehingga mereka dewasa. Setelah anak dewasa, beri kebebasan kepada mereka untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.
6) Doa Sentiasa
Doa mempunyai kuasa yang hebat. Doa itu senjata orang mukmin.
7) Kepimpinan Melalui Tauladan
Ibu bapa perlulah berubah ke arah yang lebih baik terlebih dahulu, barulah boleh merangsang perubahan kepada sesebuah keluarga.
Anak kecil cenderung untuk mengikuti apa yang ibu bapa mereka lakukan dan cakap.
8) Elakkan Penderaan
Jangan mendera anak-anak. Ini kerana anak-anak yang membesar sebagai mangsa dera akan cenderung untuk mendera anak-anak mereka pula, iaitu cucu kita.
9) Didikan Mengikut Kecenderungan
Didiklah anak-anak mengikut personaliti masing-masing. Ibu bapa tidak boleh menyamakan cara mendidik untuk semua anak. Kiranya tak boleh main pukul rata lah.
Ada anak yang jenis senang diajar secara lisan, ada yang perlukan peralatan tambahan, ada yang perlu ditunjukkan logik dan sebagainya.
10) Sentiasa Membaiki Diri
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi (terpedaya) apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka (gagal) apabila hari ini lebih teruk dari semalam.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Berbalik kepada peribasa awal tadi, saya kira, tangan-tangankan ni boleh kita anggap sebagai tanggungjawab keluarga terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ketegasan dan peraturan adalah perlu. Dijalankan secara berhikmah tanpa mengikut emosi sehingga mendera fizikal dan mental anak-anak.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Wah …lengkap ni tutorialnya .. Menambah wawasan saya .. Trima kasih
oyong ilham recently posted…Cara Islam Menyikapi Hari Valentine –
Aameen, semoga bermanfaat. Sama2
Wah …lengkap ni tutorialnya .. Menambah wawasan saya .. Trima kasih informasinya
Indahnya berbagi tentang ISLAM recently posted…Cara Islam Menyikapi Hari Valentine –
artikel yang sangat bermanfaat bagi semua orang.. sangat bagus
Thanks. Semoga bermanfaat 🙂
betul tu sis..doa tu senjata orang mukmin…dan kita sebagai manusia kena sentiasa rebut peluang perbaiki diri ke arah yang lebih baik..inshaAllah dapat jadi ibubap terbaik buat anak2
cik tom recently posted…Masuk 3 series, tak kahwin lagi kira anak dara tua?
Aameen, inshaaAllah