Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di dalam entri yang lepas ada saya nyatakan tentang Apakah Itu Kanser. Kanser ni merupakan di antara penyakit yang mengecutkan perut semua orang. Jom kita ketahui tentang 9 tanda amaran kanser dan cara pencegahannya.
Tanda-tanda Kanser
#1: Pendarahan melalui faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid.
#2: Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara.
#3: Benjolan pada leher yang tidak pernah wujud sebelum ini.
#4: Perubahan pada amalan membuang air besar.
#5: Suara garau lebih daripada 2 minggu.
#6: Pendarahan luar biasa melalui hidung atau hilang pendengaran atau telinga berdengung.
#7: Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tompok-tompok putih dan merah di mulut.
#8: Sakit atau ketidakselesaaan pada perut yang berterusan.
#9: Batuk yang berterusan dan kahak berdarah.
#10: Perubahan ketara pada ketuat atau tahi lalat.
Nota: Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas, ia tidak semestinya kanser. Pastikan ianya bukan kanser dengan mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera!
Bagaimana Mencegah Kanser?
#1: Jangan merokok
#2: Makan makanan seimbang, kurang lemak, banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
#3: Kekalkan berat badan yang optima dengan senaman
#4: Kurangkan pengambilan beralkohol secara berlebihan
#5: Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan
#6: Elakkan makan sirih dan / atau menyentil tembakau
#7: Pastikan anak anda mendapat imunisasi Hepatitis B yang lengkap
#8: Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan
#9: Lindungi kulit daripada cahaya matahari
#10: Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai sejarah kanser, dapatkan pemeriksaan kanser secara tetap dan berterusan.
#11: Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mengalami tanda-tanda amaran kanser.
KURANGKAN RISIKO KANSER.
AMALKAN CARA HIDUP SIHAT.
PENGESANAN AWAL KANSER BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA ANDA.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144