• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Payudara merupakan salah satu aset terpenting wanita. Malah ia menjadi satu lambang kewanitaan. Kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu kaum wanita. Sekiranya seseorang wanita terselamat daripada maut akibat serangan kanser ini, namun mereka berisiko tinggi untuk kehilangan salah satu atau kedua-dua belah payudara.

Ketiadaan payudara sangat memberi tamparan hebat buat kaum wanita. Mereka akan berasa seakan-akan sudah tiada nilai kewanitaan lagi.

Apatah lagi bagi mereka yang belum bersuami. Rasa rendah diri akan sentiasa membelenggu jiwa mereka. Oleh itu, ketahui cara-cara yang terlibat untuk mencegah kanser payudara agar kita atau orang tersayang tidak menjadi mangsa yang sepatutnya boleh dielakkan.

 

10 Tips Mencegah Kanser Payudara

 

1) Menjauhi Alkohol

Katakan TIDAK kepada alkohol. Kajian menunjukkan wanita yang mengambil alkohol mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser.

Ni tak termasuk faktor risiko yang lain seperti sejarah kanser keluarga, berat badan, kaum, umur, mendapat haid atau menopaus bermula. Juga jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak, penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).

Lagipun, minuman beralkohol ni kan memang dilarang dalam islam, HARAM!

 

2) Berhenti Merokok

 

tips elak kanser payudara

 

Merokok ni bukan sahaja menjemput kanser paru-paru tetapi mengundang juga kanser payudara. Kalau dah muda-muda lagi merokok, lagilah berisiko nak dapat kanser payudara. Seterusnya datang pula masalah jantung.

Dah jadi berangkai-rangkai pulak penyakit. Oleh itu, berhentilah merokok. Nak tahu Tips Berhenti Merokok Dengan Mudah?

 

3) Lakukan Senaman

 

tips elak kanser payudara

 

Kajian menunjukkan senaman mampu mengurangkan risiko mendapat beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Tapi tak perlulah bermati-matian bersenam sampai kerja lain pun terbengkalai.

Cukuplah berjalan 1.25 hingga 2.5 jam seminggu. Tindakan ini dah boleh kurangkan sehingga 18% risiko mendapat kanser payudara. Besar tu peratus dia. Oleh itu, ajak pasangan dan anak-anak sekali berjalan-jalan (kaki). Sihat dapat, ikatan kekeluargaan pun makin erat!

 

4) Sedari Sejarah Kanser Payudara Dalam Keluarga

Para saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika kita pembawa salah satu daripada baka yersebut, risko mendapat kanser payudara seumur hidup adalah 85%.

Jadi, perlu lebih berhati-hati dan mencari langkah pencegahan awal lebih afdhal. Jaga pemakanan, awasi cara hidup. Makan suplemen. 🙂

 

5) Jauhi Daripada Mengamalkan Terapi Penggantian Hormon (HRT)

Kajian mendapati terdapat pertalian rapat antara pengambilan HRT untuk satu tempoh tertentu dengan kanser payudara.

Ini kerana kandungan HRT (estrogen dan progosteron) meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan 19 kes bagi setiap 1,000 orang wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun, 5 tahun setelah berhenti, faktor risikonya kembali normal. Lama tu!

Namun, sekiranya perlu mengambil HRT juga, dapatkan nasihat doktor.

 

6) Periksa Payudara Setiap Bulan

Sangat penting! Periksa payudara bagi mengesan keganjilan atau sebarang perubahan pada payudara dan degupannya/pempalpatannya di samping mencari sebarang ketulan atau nodus.

60% kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara

70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit

90% kes ketulan yang terdapat pada payudara bukanlah kanser (Alhamdulillah!)

 

7) Amalkan Diet Rendah Lemak

Estrogen berperanan besar dalam perkembangan kanser payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit estrogen. Jadi, kegemukan akan meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.

Namun, kalau berat badan berlebihan dialami sebelum menopaus, risiko mendapat kanser payudara lebih rendah, jika sebaliknya, risikonya lebih tinggi.

Lepas pasca menopus, estrogen dikaitan dengan jumlah lemak dalam tubuh. Semakin banyak lemak, semakin tinggi jumlah estrogen.

 

8) Jalani Ujian Tahunan Mammogram

Seperti pemeriksaaan payudara, ujian mammogram hanya mampu mengesan, bukan mencegah  kanser payudara.

Sebabnya, ujian mammogram mampu mengesan ketulan lebih kecil serta sel kanser yang tidak mempu dirasa dengan tangan.

Ujian mammogram ni mudah aje. Tidak perlu berpuasa. Cuma dilarang menggunakan deoderant dan bedak di bahagian ketiak dan dada kerana boleh menganggu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara telah lembut.

Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?

Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:

Umur 35-40: satu mammogram diperlukan

Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun

Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.

 

9) Berkeluarga Lebih Awal Jika Mampu

Wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risiko diserang kanser. Ini kerana ia akan meningkatkan kandungan protein p53 yang bertindak melindungi mereka daripada mendapat kanser payudara.

Mengandung juga menyekat kitaran haid seseorang wanita. Keadaan ini seterusnya melindungi mereka daripada kanser payudara dan serviks! Oleh itu, beranak ramai-ramai, banyakkan umat Nabi Muhammad SAW. Ada hikmahnya 😀

 

10) Amalkan Penyusuan Badan

 

tips elak kanser payudara

 

Kajian mendapatai tempoh tanpa haid semasa mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal dapat mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi sseorang wanita.

 

Setiap pengidap kanser payudara bukanlah tidak ada masa depan atau hanya akan berakhir dengan maut. Tetapi dengan langkah pencegahan segera, kaum wanita mungkin boleh mengelak daripada menjadi mangsa kanser payudara ini atau boleh segera merawatnya apabila dikesan lebih awal.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge