Jantung merupakan antara organ terpenting kepada manusia. Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Asid Lemak Omega-3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung.
Berikut merupakan 10 contoh makanan yang baik untuk jantung.
#1: Salmon
Ikan salmon sangat kaya dengan asid lemak omega-3 ini sangat efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Dengan pengambilan ikan salmon sebanyak 2 keping seminggu, ia mampu mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung sebanyak 33%.
Menurut Stephen T. Sinatra MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com, ” Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sejenis antioksida yang kuat”.
#2: Makanan Beroat
Oat kaya dengan asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain daripada itu, ia kaya dengan serat yang dapat membantu menurunkan kadar kolestrol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri. Memulakan hari anda dengan semangkuk oat panas dapat memberikan kesihatan jantung yang lebih baik untuk anda.
#3: Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan lemak tunggal tidak tepu. Ia merupakan pengganti mentega yang baik.
#4: Avocado
Avocado menambah asid lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya dengan lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolestrol baik HDL dalam tubuh.
#5: Bayam
Bayam kaya dengan pelbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
#6: Kekacang
Kacang-kacang sepert almond dan walnut.
#7: Kacang Peas
Tambah pengambilan kacang peas seperti kacang merah dan kacang hitam.
#8: Berries
Blueberries, Raspberries, Strawberi dan jenis beri lainnya kaya dengan anti-radang. Berfungsi mengurangkan penyakit jantung dan kanser.
#9: Biji Rami (Linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6. Biji rami boleh diambil bersama-sama bancuhan oatmeal.
#10: Kacang Soya
Kacang soya rendah lemak, jadi ia membantu menurunkan kadar kolestrol.
Tips Shaklee
Bagi menjaga kesihatan jantung, anda juga boleh mengamalkan supplement tambahan. Di antara supplement yang terbaik untuk jantung ialah:-
#1: Vivix
Muscadine Grape yang merupakan salah satu bahan utama dalam Vivix mempunyai nilai antioksida yang sangat tinggi. Antioksida di dalam anggur ini dipanggil polyphenol. Manakala zat polyphenol ini pula dikenali sebagai resveratrol.
Resveratrol berperanan mencegah kerosakan salur darah, mengurangkan kolestrol “jahat” LDL dan mencegah darah beku yang biasanya boleh mengakibatkan penyakit jantung atau strok.
Kajian yang dijalankan pada tikus menunjukkan resveratrol boleh mencegah obesiti dan darah tinggi yang menjadi punca utama penyakit jantung.
#2: CoQ Health Plus
CoQ10 di dalam CoQ Health Plus telah dibuktikan mampu:-
- menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
- menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
- meningkat dan melancarkan peredaran darah
- membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah.
#3: Omega Guard
Omega Guard mengandungi lemak ikan tidak tepu yang dipanggil omega-3. Omega-3 dapat bantu mengurangkan paras triglycerides, merendahkan tekanan darah tinggi, , mengurangkan darah beku/tersumbat serta mengurangkan keradangan yang boleh merosakkan salur darah dan membawa risiko penyakit jantung.
#4: Garlic
Allisin adalah sebatian yang dihasilkan daripada bawang putih hanya apabila isnya dipotong halus atau dihancurkan. Allisin membantu peredaran darah yang baik. Dengan itu ia menghalang darah tersumbat.
Boleh ke entri Jenis, Tanda dan Faktor Penyakit Jantung serta 7 Langkah Menghalang Penyakit Jantung untuk maklumat lanjut.
Hubungi saya untuk supplement penjagaan jantung anda 🙂
*******************************************************************************************
NOTA: Setiap keuntungan daripada pembelian produk Shaklee bermula Disember 2013 – Febuari 2014 akan disalurkan ke dalam Tabung Dana Mangsa Banjir.
Terima kasih 🙂
iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
SID: 1001144
kena makan banyak-banyak la nih jawabnya..
ohcikgu recently posted…Kita yang kawal kehidupan kita. Bukan “HARGA”.
Betul tu…inshaa Allah makin sihat nnt 🙂
Naimah Wahab recently posted…Rumahku Syurgaku | Hari #6; Cabaran 30 Hari Entry
Bayam paling senang dapat dan murah, jom amalkan utuk kesihatan jantung kita.
Denaihati recently posted…WordPress Master Class dan Insentif bulanan
Jom jom kit 🙂
Naimah Wahab recently posted…Atasi Keguguran Rambut
ramai yang tak tahu khasiat makanan sebegini dlm gizi makanan yg seimbang…kalau mkn tak beringat memang tinggilah paras kolestrol dan makin tinggi risiko utk kena penyakit jantung..
Zufar recently posted…Tempat Menarik di Malaysia Yang Tip Top
Betul tu, padahal, penjagaannya simple jeer
Naimah Wahab recently posted…Join Shaklee Dengan FREE